Nor Idayu calon Perikatan Nasional DUN Tioman

November 23, 2022 · Politik

Perikatan Nasional mengumumkan Nor Idayu Hashim sebagai calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata parti itu akan bertanding di DUN Tioman dengan mengekalkan calon daripada PAS.

“Saya telah menerima surat daripada Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengenai calon yang dimaksudkan.

“Calon yang dipilih Nor Idayu Hashim, 35. Nor Idayu dipilih daripada kalangan pimpinan akar umbi bagi mewakili suara wanita di dalam DUN Pahang.

“Nor Idayu juga seorang muslimat di kalangan pemimpin wanita tempatan dan orang muda yang berupaya menyelami isi hati akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 November lalu, Md Yunus Ramli iaitu calon PN bagi DUN Tioman meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung.

Berikutan itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman pada PRU15 pada 19 November itu ditangguhkan.

Pada PRU15, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan esok, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala hari pengundian PRU15 bagi kerusi DUN Tioman pada 7 Disember depan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Isu semasa
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
December 8, 2022· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok