Noh Omar belum pilih parti, tapi akan ‘bermain’ pada PRN Selangor

March 15, 2023 · Politik

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar belum membuat pilihan untuk menyertai mana-mana parti, tetapi berkata beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Beliau yang dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu mengakui masih mempertimbangkan ‘lamaran’ daripada beberapa parti yang menemuinya sebelum ini.

“Tunggu, sekarang belum ada pertandingan hebat-hebat. Saya ini ‘player’ dan bukan penonton.

“Bila sampai Pilihan Raya Negeri (PRN) ia ibarat Piala Malaysia. Masa itu saya tiada pilihan dan kena pilih mana mana ‘team’ (parti) untuk bermain,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian selepas program Back to School anjuran Kelab Pendidikan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, di Tanjung Karang, hari ini (Rabu, 15 Mac 2023).

Pada majlis itu, seramai 400 pelajar dan murid menerima bantuan persekolahan.

Noh berkata, beliau melihat sesebuah parti yang boleh bekerja, memberikan semangat perjuangan, tidak mementingkan diri dan lebih mementingkan rakyat tanpa mengira kaum.

“Namun, penting bagi saya adalah Bumiputera dan kaum lain mesti bersama.

“Mana-mana parti meletakkan Islam sebagai perkara utama sesuai dengan Perlembagaan kita kerana Islam adalah agama Persekutuan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Noh yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada PRU itu, Barisan Nasional tidak mencalonkannya, tetapi memilih Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.

Habibah bagaimanapun, kalah kepada Datuk Dr Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN).

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
45 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
11 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok