Noh datang majlis raya PN, kunci mulut soal pilihannya

May 6, 2023 · Politik

Kehadiran bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ke Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Perikatan Nasional hari ini menguatkan lagi khabar yang bertiup soal penyertaannya dalam gabungan pembangkang itu.

Namun beliau enggan mengesahkan mahupun menepis desas-desus itu.

Malah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak memberi kepastian sebaliknya meminta perkara itu disahkan sendiri oleh Noh.

Noh tiba ke majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Gombak itu bersama anaknya, Nurul Syazwani.

Sebelum ini Noh dilaporkan berkata bakal menjadikan kawasan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Azmin ketika ditemui berkata, PN dan komponennya, Bersatu sentiasa membuka pintu seluasnya kepada mana-mana individu yang komited menerima idealisme perjuangan parti itu.

“Dalam suasana politik semasa, kita perlu dokongan daripada semua pihak. Saya percaya beliau punya pengalaman luas dalam perjuangan.

“Memang betul sebelum ini beliau bersama UMNO namun beliau merupakan seorang tokoh yang berani menegur kepincangan dan kecurangan di dalam parti tersebut.

“Apa langkah seterusnya, kita serahkan kepadanya dan kita bersedia menerima sesiapa yang ingin bersama PN, ” katanya yang turut memaklumkan rundingan pembahagian kerusi PN Selangor hampir selesai.

Turut hadir pada majlis tersebut imbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bekas ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang juga bekas Ketua UMNO Hulu Selangor.

Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
30 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok