Noh beri penjelasan pemecatan pengikut Najib, salah lantik

June 26, 2022 · Politik

Tan Sri Noh Omar memberi penjelasan pemecatan seorang pengikut Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil sebelum ini sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pengerusi UMNO Selangor itu berkata lantikan Isham sebelum ini salah kerana jawatan tersebut tiada dalam Perlembagaan BN dan mejelaskan dakwaan bekas pegawai khas Najib itu digugurkan atau ditamatkan perkhidmatan adalah tidak benar.

“Beliau bukan digugurkan, silap dulu pelantikannya… salah lantik. Jawatan ketua penerangan BN negeri tiada dalam perlembagaan BN.

“Dalam perlembagaan UMNO memang ada Ketua Penerangan. Silapnya sayalah, dulu kita pun tak perasan. Rupanya di peringkat BN pusat ada pengarah komunikasi,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Sebelum ini, Isham memaklumkan perkhidmatannya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, berdasarkan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha BN Selangor Datuk Satim Diman, jawatan yang disandangnya itu tidak termaktub dalam perlembagaan gabungan berkenaan.

Mengulas lanjut, Noh berkata, Isham juga tiada masalah mengenai perkara itu dan kini sudah pun dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Sebelum ia jadi isu, apa ni lantik tapi tak faham perlembagaan ke? Sebab itu bukan ditamatkan tetapi jawatan itu tidak ada, memang tidak ada lah.

“Isham pun kata tiada masalah dan kemudian dilantik jadi MT,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Isham dilantik sebagai Ahli MT UMNO menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan jawatannya oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
20 minit lalu· Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
1 jam lalu· Politik
PAS terbuka kerjasama dengan mana-mana parti kecuali PH: Tuan Ibrahim
2 jam lalu· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
20 jam lalu· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
August 18, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
1 jam lalu · Politik
Hamzah sahkan PN sudah mohon tarikh baharu jumpa Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan besar sebelum ini: Hasni
2 jam lalu · Politik
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
6 jam lalu · Politik
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok