Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC

August 12, 2022 · Politik

Anak sulung Datuk Seri Najib Razak dengan bekas isteri pertamanya, Datuk Mohd Nizar dikatakan layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Pekan, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Kelayakan itu berasaskan kepada kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, sekali gus memenuhi syarat sebagai calon gabungan itu.

Desas-desus Nizar akan bertanding di Parlimen berkenaan muncul tatkala negara akan mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri (PM) itu di Mahkamah Persekutuan terhadap hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).

Memetik Utusan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Zamri Ramly berkata selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Nizar memenuhi syarat sebagai calon parti itu.

Ketika ini, Nizar, 44, – anak Najib dengan bekas isteri pertama, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar – antara nama yang disebut-sebut paling sesuai bagi menggantikan bapanya jika Ahli Parlimen Pekan itu tidak layak bertanding pada PRU-15 nanti.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai 2020, Nizar antara nama yang disebut-sebut bertanding di situ sebelum Mohd Sharim Md Zain dipilih mewakili BN.

Difahamkan, Nizar akan bertanding dalam kawasan Parlimen Pekan bagi meneruskan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak di situ.

Kawasan Parlimen Pekan mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini yang kesemuanya dimenangi calon BN pada PRU-14 lalu.

Pada PRU14 lalu, Najib menang dengan majoriti 24,859 undi apabila memperoleh 43,854 undi dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Parlimen Pekan. Beliau menewaskan Kapten (B) Ahiatudin Daud dari PAS (18,995 undi), Muhd Zahid Md Arip dari PKR (7,662 undi) dan calon Bebas, Abd Kadir Sainudin (103 undi).

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram RM42 juta dana milik SRC.

Najib yang adalah PM keenam dari 2009 hingga 2018, dan menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah atas tuduhan jenayah rasuah. Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.

Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas semua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadapnya.

Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib.

Rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta akan didengar di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari bermula 15 hingga 26 Ogos ini.

Namun, firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners telah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan dengan alasan mereka baharu sahaja dilantik mewakili Ahli Parlimen Pekan itu.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok