Negeri PH tak bubar DUN jika PRU-15 tahun ini, kata Anwar

October 5, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian bahawa tiga negeri yang ditadbirnya iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden hari ini

Tegasnya, fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri itu kini adalah untuk menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat.

“Majlis Presiden PH telah mengadakan satu perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar Selangor, Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung tarikh pembubaran DUN masing-masing.

“Majlis Presiden mengambil maklum laporan Jabatan Meteorologi yang berkata bahawa fenomena La Nina dan Monsun Timur Laut hingga awal tahun depan bakal menyaksikan jumlah taburan hujan yang tinggi serta kemungkinan hujan lebat dan banjir di kebanyakan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata pihaknya turut mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir sesuai dengan prinsip mengutamakan nasib rakyat berkaitan nyawa dan harta benda.

“Oleh itu, Majlis Presiden PH menerima pendirian semua menteri besar itu bahawa DUN masing-masing akan dibubarkan pada 2023,” katanya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson menambah, selepas isu banjir berlalu kerajaan negeri yang terbabit masih mempunyai masa untuk membubarkan DUN masing-masing.

“Kerajaan negeri PH tidak akan bersama kerajaan persekutuan andainya PRU diadakan semasa (musim) banjir kerana pada anggapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor, Menteri Besar Negeri Sembilan, kita tidak harus menambah derita dan penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir,” katanya.

Sebelum ini, PH melalui PKR melancarkan petisyen bertujuan menghalang daripada pembubaran Parlimen sehingga PRU-15 terpaksa diadakan semasa rakyat sedang berdepan kesusahan, setelah bimbang dengan semangat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mahu meredah banjir bagi berkempen semasa

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan membubarkan tiga DUN serentak dengan Parlimen sekiranya PRU-15 diadakan tahun ini.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata parti itu mungkin mengkaji semula keputusannya untuk menangguhkan pembubaran DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU-15 akan datang.

Idris berkata mesyuarat mengenai perkara itu – yang boleh menyaksikan pemansuhan dasar yang dikatakan dibuat untuk memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan usaha bantuan banjir akhir tahun – akan diadakan “dalam masa terdekat”.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
17 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok