Nazri sindir Nur Jazlan yang kalah, baik guna duit buat PRU bantu rakyat

June 6, 2022 · Politik

Veteran UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyindir Timbalan Pengerusi UMNO Johor Nur Jazlan Mohamed yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu selepas didakwa takut kehilangan gaji sebagai Ahli Parlimen (MP).

Nazri membalas kritikan Nur Jazlan sepatutnya wang yang digunakan bagi mengadakan PRU tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat dan pendiriannya itu tidak bermakna beliau takut hilang gaji serta elaun sebagai wakil rakyat Padang Rengas.

“Duit itu baik guna bantu rakyat daripada adakan pilihan raya yang tak perlu sekarang,” katanya dipetik laporan FMT.

Untuk rekod, Nazri berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU-14 lalu berbanding Nur Jazlan yang tewas di kerusi Parlimen Pulai dengan 20,000 lebih majoriti.

Pada PRU-14, Nur Jazlan tewas kepada calon Parti Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan perbezaan 28,924 undi.

Nazri menjelaskan semua peruntukan elaunnya diberikan kepada rakyat di kawasan Parlimennya.

“Saya tiada gaji tetapi hanya elaun (sebagai wakil rakyat) yang saya tak sentuh untuk diri saya. (Juga) peruntukan diberikan untuk digunakan buat rakyat.

“Saya bukan ada gaji dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau menteri,” katanya ;agi.

Menurut Nazri lagi, Nur Jazlan tidak layak untuk mempertikaikan kemampuannya untuk mempertahankan kerusi disandangnya, bahkan semasa PRU-14 yang lalu ketika rakyat menolak Barisan Nasional (BN) beliau masih dapat mengekalkan kerusi yang disandangnya.

“Beliau kata saya tidak mahu PRU diawalkan sebab saya takut. Kalau tengok sejarah PRU14 waktu tsunami pilihan raya, UMNO di peringkat paling rendah sekali di mata rakyat.

“Saya berani lawan jadi calon dan saya menang dengan majoriti bertambah di Padang Rengas,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Nur Jazlan meminta Nazri, MP Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan MP Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak lagi “bercakap” kerana tidak menyumbang kepada kebaikan parti susulan keengganan mereka menyokong pembubaran Parlimen lebih awal bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

Dalam pada itu, Nazri juga sudah menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding pada PRU-15 sekaligus bersara daripada kancah politik negara.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok