Nasihat Diva AA kepada abang kesayangan dan Ismail Sabri, utamakan rakyat

June 6, 2021 · Politik

Terpanggil dengan situasi ‘kelam kabut’ ketika ini pengacara kontroversi yang juga adik kepada Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali, Azwan Ali mengharapkan supaya Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) boleh bersama bersatu hati melaksanakan tanggungjawab demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Katanya, ketika rakyat berhadapan dengan musibah wabak Covid-19 ketika ini, hanya satu yang dipinta mereka iaitu tuntutan kepada prinsip utamakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Diva AA menitipkan nasihat kepada Menteri-Menteri berkenaan terutamanya kepada abangnya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri supaya hentikan ‘sengketa’dan bekerjalah bersama-sama.

“Saya menerima banyak sekali komen-komen daripada netizen yang betul-betul sudah maksimun kepada insan yang bernama Azmin Ali apa kau sudah buat pada rakyat? cukup tolonglah. Saya harap Azmin Ali bangkit daripada tindakan melampau bagi memulihkan hati rakyat.

“Memang hak Datuk Seri Ismail menyindir soal pintu belakang tetapi ia telah mengusarkan ribuan rakyat saya harap benda-benda ini dihentikan segera dalam pemerintah kerajaan sekarang,” katanya kepada Agenda Daily.

Azwan Ali berkata demikian bagi mengulas situasi semasa antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Terdahulu, Ismail Sabri ada membuat hantaran mengenai ‘pintu belakang’ yang didakwa menyindir Azmin Ali.

Hantaran “Saya dah tutup pintu depan tapi…” oleh Ismail Sabri itu ada yang mentafsir ada kaitan dengan kebenaran operasi yang diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini dalam pelaksanaan total lockdown.

Sementara itu Ismail Sabri ketika tampil membuat penjelasan memaklumkan tulisan dan gambarnya yang dimuat naik di laman sosial tersebut tidak membawa apa-apa maksud.

Azmin juga dalam pada itu meminta semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung hantaran berkenaan.

Tambah Diva AA, inilah masanya yang diperlukan rakyat supaya Menteri Kabinet dapat bersama-sama mereka mengharungi pandemik Covid-19.

“Rakyat berhadapan musibah ini sudah sudahlah tu, jangan keruhkan keadaan supaya kerajaan dihormati sebab nanti akan berlaku amukan rakyat lagi,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
1 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok