Nasib empat MP Sabah keluar Bersatu diketahui esok: Speaker

January 12, 2023 · Politik

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul akan membuat keputusan esok (13 Januari 2023) sama ada berlaku kekosongan kerusi empat kawasan Parlimen di Sabah setelah wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, keluar daripada Bersatu.

Keempat-empat mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Datuk Matbali Musah (Sipitang); dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau), adalah ahli Bersatu yang bertanding di bawah lambang Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

The Star melaporkan Johari sebagai berkata beliau akan mengumumkan keputusannya sama ada akan ada atau tidak kekosongan di empat kerusi Parlimen Sabah itu.

Sekiranya Johari memutuskan mereka melanggar undang-undang anti-lompat parti, semua ahli Parlimen (MP) terbabit perlu mengosongkan kerusi mereka, sekali gus akan membawa kepada pilihan raya kecil (PRK).

“Saya telah menerima semua dokumen dan jawapan mereka dan saya mempunyai 21 hari untuk menjawab. Saya menelitinya kerana saya mendapat lebih banyak maklum balas daripada pegawai undang-undang.

“Saya harus memuktamadkannya pada Jumaat,” kata Johari kepada The Star dalam satu temu bual.

Speaker menambah beliau akan memaklumkan keempat-empat MP terbabit melalui surat.

Mengikut undang-undang anti-lompat parti, yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Sebelum ini, Johari mengesahkan menerima notis rasmi daripada Bersatu mengenai empat kerusi Parlimen yang didakwa kosong di Sabah yang boleh menyebabkan PRK diadakan.

Johari berkata beliau menerima surat daripada Naib Presiden Bersatu Datuk Ronald Kiandee pada 27 Disember lalu yang meminta Speaker memaklumkan empat kekosongan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berita berkaitan
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023· Politik
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Armada cabar juga PKR dan DAP dedah perbelanjaan mewah semasa berkempen
February 4, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
5 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
5 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok