Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera

August 5, 2022 · Politik

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya dalang yang terlibat dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) didakwa segera, ia selepas sehingga hari ini tiada sebarang pihak terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Ketua Pemuda UMNO itu membuat desakan tersebut susulan beberapa nama pemimpin utama parti didakwa terlibat dalam skandal projek RM9.1 bilion tersebut, ia selepas Timbalan  Presiden PKR Rafizi Ramli berikrar hari ini untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam perolehan projek itu.

“Kita menggesa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) segera menyelesaikan siasatan bersandarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai kepincangan projek itu.

“Ini kerana difahamkan laporan SPRM sudahpun dibuat sejak tahun lalu namun hingga hari ini belum ada apa-apa maklumat mengenai hasil siasatan ataupun tindakan di peringkat Peguam Negara,” katanya dipetik laporan media.

Jelasnya, selagi tiada tindakan diambil berhubung projek itu, pelbagai persepsi dan polemik akan tercetus kerana dianggap seolah-olah kes tersebut cuba ditutup.

“Selagi tiada pendakwaan mahupun tindakan tegas undang-undang bagi sebarang bentuk salah laku, selagi itulah pelbagai polemik bakal timbul seolah-olah kepincangan didiamkan dan dibiarkan berlaku begitu sahaja,” katanya lagi.

Semalam, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Mengikut PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Awal hari ini, Rafizi mendakwa sekurang-kurangnya RM890 juta duit rakyat hangus daripada projek kapal Kementerian Pertahanan yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu dan bakal membuat siri pendedahan melibatkan tiga pemimpin utama UMNO.

Rafizi menamakan tiga pemimpin UMNO dalam skandal kapal RM9 bilion itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok