Nama ‘jerung besar’ skandal LCS didedah Rafizi esok, termasuk pemimpin UMNO

August 21, 2022 · Politik

Nama ahli politik yang dilabel “jerung besar” terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) bakal didedah Rafizi Ramli esok, ia berkemungkinan melibatkan beberapa pemimpin UMNO.

Timbalan Presiden PKR itu berkata nama ahli politik tersebut boleh didedahkan sekarang kerana sudah terdapat bukti penglibatannya dalam skandal kapal tak siap tersebut selepas langkah kerajaan menyahklasifikasi dokumen sulit berhubung kelulusan pembinaan kapal itu.

“Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada.

“Saya membuat keputusan untuk menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja dikambing hitamkan sedangkan jerung-jerung terlepas.

“Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Walaupun terdapat sudah pendakwaan melibatkan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, namun Rafizi mendakwa tertuduh bukan dalang sebenar dan hanya menjadi kambing hitam bagi melindungi ahli politik terlibat dalam skandal tersebut.

Terdahulu, susulan laporan yang dinyahkasifikasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini, nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi muncul dalam satu surat kelulusan yang ditandangani oleh beliau semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Ia sekaligus mengesahkan dakwaan Rafizi terdapat pemimpin utama parti itu yang terlibat dalam skandal tersebut yang didedahkan kepincangannya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini.

Rafizi juga mendakwa skandal tersebut adalah sesuatu yang dirancang oleh ‘jerung’ yang mempunyai kuasa dalam projek LCS di luar pasukan keselamatan negara.

Kuasa yang ada pada ‘jerung’ itu, tambah Rafizi, termasuk melantik kontraktor, menentukan spesifikasi projek, membuat bayaran pendahuluan dan mempunyai wang tunai untuk disalurkan ke luar negara sebelum penghantaran kapal dibuat.

Rafizi sebelum ini juga membuat pendedahan dengan menamakan beberapa pemimpin UMNO yang terlibat dalam skandal LCS yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Zahid dan Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Ketika itu, Najib menjadi Perdana Menteri, manakala Zahid sebagai Menteri Pertahanan mulai 2009 hingga 2013, sebelum digantikan Hishammuddin.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
1 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
13 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
14 jam lalu · Politik
PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok