Nama Hadi tak dicadang sebagai calon PM, PAS nafi kenyataan palsu

October 5, 2022 · Politik

Dakwaan kononnya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM) Ke-10 dinafikan parti Islam tersebut.

Dalam satu kenyataan, PAS menafikan kononnya nama Hadi dicadangkan Perikatan Nasional (PN) sebagai calon PM seperti yang ditularkan dan menyifatkan ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Pas menafikan kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS dengan tajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan bertajuk ‘Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulama’ bertarikh 6 Oktober kononnya mengatakan PAS bersama PN sentiasa memberikan komitmen dengan meletakkan calon yang terbaik membawa agenda Melayu Islam untuk menerajui kepemimpinan negara.

Selain mencadangkan Hadi sebagai calon PM daripada PN, kenyataan itu didakwa menyeru rakyat Malaysia untuk berdiri teguh mengangkat dan mempertahan kepimpinan ulama untuk menerajui negara.

Kenyataan berbeza dengan pendirian beberapa pemimpin PN yang mahu Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai calon PM.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok