Nama besar sertai PN, ramai dari UMNO : Samsuri

May 15, 2023 · Politik

PAS mengesahkan sebahagian besar pemimpin politik yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi adalah daripada UMNO.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kesemua nama itu akan diumumkan pada awal Jun nanti.

“Mereka bakal menyertai PAS… sertai Bersatu pun ada… PN secara direct (terus) pun ada…insya-ALLAH.

“Ada daripada UMNO dan ada daripada lain-lain parti pun ada…ramainya daripada UMNO,” katanya, lapor Awani

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Kuala Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai parti itu.

Perkembangan itu menyusul selepas bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berikrar akan menjadikan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi.

Sementara itu, ditanya adakah pemimpin nama besar terbabit akan diketengahkan sebagai calon dalam PRN nanti, Ahmad Samsuri berkata ia bergantung kepada keadaan.

Katanya sehingga kini, PAS belum memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
7 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
38 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
47 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok