‘Nak tolong tak ambil satu sen pun, bukan macam Anwar potong gaji’

October 23, 2022 · Politik

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanggungjawab beliau antara lain adalah untuk membantu kerajaan memulihkan kedudukan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya keadaan ekonomi negara sejak hampir dua tahun telah terkesan akibat pandemik itu dan masih belum pulih sebagai mana 2018 dan 2019 lalu.

“Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah itu. Kerana apa? Kerana negara kita sudah terkesan dengan begitu serius dari segi kesihatan yang belum selesai… tetapi yang lebih besar ialah soal ekonomi, sosial dan pendidikan.

“Ini kesan besarnya, saya tak tahu sama ada orang di Masjid Tanah ni rasa atau tidak…. ok atau tidak? Situasi sekarang yang kita hadapi, kita tidak ok. Ekonomi kita yang sudah agak hampir dua tahun terkesan dah mula buka… tetapi ekonomi kita belum pulih kembali sebagaimana tahun 2018 dan 2019. Belum lagi balik ke situ.

“Saya cakap sebagai pengerusi majlis pemulihan negara. Nak tolong kerajaan. Memang tak ambil duit satu sen pun. Bukan nak potong gaji macam Anwar Ibrahim, ni tak ambil satu sen pun,” kata Muhyiddin ketika berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Masjid Tanah, malam tadi (Sabtu, 22 Oktober 2022).

Untuk rekod, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri (PM) kelapan Malaysia dilantik sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, pada 4 September 2021, dan tidak pernah mengambil gaji, walaupun berhak berbuat demikian.

Pada Jumaat (21 Oktober), Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berjanji perkara pertama yang akan dilakukannya jika diberikan mandat sebagai PM selepas PRU-15 adalah memotong kadar gaji dan elaun Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau sedia untuk gaji dan elaunnya dipotong yang akan menjadi tindakan pertama dilakukan sebaik sah bergelar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata apa yang dilakukannya bersama anggota MPN adalah untuk menolong negara yang berhadapan dengan masalah pemulihan dalam pelbagai bidang, terutama ekonomi.

“Ada banyak isu masalah tak selesai lagi. Antara tuntutan daripada pihak industri kecil dan sederhana ialah supaya kerajaan berikan moratorium.

“Moratorium supaya pihak bank tak akan mengejar peminjam-peminjam yang berniaga yang belum bayar pinjaman kerana mereka berada dalam keadaan yang terdesak.

“Mula berniaga tapi perniagaan tak sampai ke mana. Sebahagian besar pun masih belum lagi boleh membuka perniagaan sepenuhnya kerana situasi tidak seperti dahulu lagi. Ini kita cuba nak tangani,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
21 jam lalu· Rencana
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok