Nak siasat, siasat juga semua akaun termasuk PKR, DAP dan Amanah: Razali

February 2, 2023 · Politik

Siasatan berhubung dana parti juga perlu dilakukan terhadap semua parti lain termasuk pihak kerajaan dan tidak melibatkan parti pembangkang sahaja, kata Datuk Razali Idris.

Pengerusi Bersatu Terengganu itu berkata sekiranya kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mahu bersikap telus, sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menyiasat akaun parti PKR, DAP dan Amanah bagi mengenalpasti sumbangan dana politik mereka.

“Bersatu terbuka dan sedia memberikan kerjasama untuk proses siasatan lanjut. Apa yang kita mahukan ialah ia disiasat secara telus.

“Kita juga mengesyorkan supaya jangan hanya siasat akaun parti pembangkang, siasat juga akaun parti-parti lain dalam kerajaan sama ada PKR, DAP dan Amanah bagi memastikan dari mana datangnya sumber kewangan mereka,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Jelas beliau, Bersatu sebelum ini telah memberikan kerjasama berhubung siasatan yang dijalankan SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengesahkan beberapa akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok