Nak salahkan ‘poster boy’ pula punca kalah, tapi siapa desak PRU segera?

January 13, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu berhubung beberapa punca yang menyumbang kekalahan teruk UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Presiden UMNO itu semasa ucapan dasarnya memetik pemilihan ‘poster boy’ yang silap juga boleh dikatakan punca kekalahan UMNO, tetapi beliau terlupa siapa sebenarnya yang mendesak agar disegerakan PRU-15 yang lalu.

Nampaknya Zahid enggan memikul tanggungjawab dan mengakui dirinya juga antara punca utama UMNO ditolak oleh rakyat semasa PRU-15 lalu, sebaliknya menghalakan kesalahan tersebut kepada pihak lain.

Namun, faktanya adalah Zahid yang beria-ria mendesak supaya PRU-15 diadakan segera dan bukan orang lain, tetapi mengapa kini tidak mahu mengakui kesilapan tersebut.

“Kita boleh sahaja menggariskan pelbagai alasan dan punca dengan menuding jari ke sana sini, tetapi janganlah kita menjadi telunjuk lurus kelingking berkait.

“Saya boleh saja gariskan bahawa adanya kempen pilihan raya calon kita memburukkkan partinya sendiri, UMNO katanya parti korup, sudah rosak, sudah sesat dan pelbagai nista dilemparkan, hingga ucapannya dijadikan modal pembangkang menyerang kembali UMNO.

“Boleh juga saya menyebut, ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana beliau menjadi wajah hadapan parti dalam PRU15. Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-cari kesalahan.

“Maka dengan sebab itu, jangan kita nafikan usaha parti dalam menghadapi pilihan raya umum, telah dibuat sebaik mungkin,” katanya Zahid semasa ucapan dasardi Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod, Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini keberatan untuk membubarkan Parlimen tetapi berdepan tekanan yang hebat daripada partinya sendiri supaya mengadakan PRU-15 dengan segera.

Zahid semasa mendesak supaya PRU-15 disegerakan bertindak mengadakan beberapa perhimpunan raksasa dengan memanggil ahli-ahli UMNO berkumpul di ibu pejabatnya dan memberi tekanan kepada Ismail Sabri supaya membubarkan Parlimen.

Banyak pihak termasuk parti dalam kerajaan semasa pentadbiran tersebut dan juga parti pembangkang menolak gesaan Zahid supaya dibubarkan Parlimen kerana ketika itu negara masih dalam fasa pemulihan selepas berdepan penularan Covid-19 dan musim banjir bakal tiba.

Namun, perkara itu tidak dihiraukan Zahid yang berterusan memberikan tekanan kepada Ismail Sabri supaya membubarkan Parlimen juga bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok