Nak restore demokrasi kita terpaksa buat macam Thailand pula: Isham Jalil

June 17, 2021 · Politik

*Pembetulan tajuk berita selepas didakwa berunsur fitnah dan berniat jahat oleh Isham Jalil. Agenda Daily menukar tajuk dan menafikan laporan tersebut adalah berniat jahat dan hanya melaporkan berita berdasarkan konteks ucapan dalam video yang dimuat naik. Dalam ucapannya, perkataan ‘kudeta’ dan ‘rampasan kuasa’ memberikan kekeliruan dan niat individu tersebut bercakap sedemikian juga menjadi persoalan.

Bagi sidang redaksi, kami meminta maaf sekiranya terdapat kekeliruan dan terasa hati dengan laporan kami.

Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil dalam satu video yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya mempersoalkan adakah rampasan kuasa yang berlaku seperti negara jiran boleh berlaku jika kerajaan Perikatan Nasional enggan membuka sidang Parlimen.

Isham berkata rampasan kuasa yang berlaku di Thailand pada 2006 dan 2014 berpunca daripada restu diberikan pihak monarki dan peristiwa tersebut boleh dijadikan iktibar kepada kerajaan, soalnya dalam satu video yang dimuat naik.

“Tahun 2006 dengan 2014 ada rampasan kuasa… Rampasan kuasa boleh dikatakan boleh dilihat pemerhati-pemerhati politik berkata rampasan kuasa di Thailand pada 2006 dan 2014 sebenarnya direstui oleh Raja datang daripada monarki.

“Sekarang ini kita lihat di Malaysia… Negara jiran kita telah berlaku dua kali, tak kan kita menjurus kepada situ juga (kudeta). Kita ada krisis politik selepas ini kita nak masuk krisis Perlembagaan sehingga membuka risiko negara kita kepada rampasan kuasa kudeta pula,” katanya dipetik dalam video tersebut.

Isham mempersoalkan sama ada sekiranya kerajaan masih enggan membuka sidang Parlimen, kemungkinan insiden rampasan kuasa yang berlaku di Thailand perlu diambil untuk memastikan demokrasi dapat dikembalikan.

“Sebab kita terpaksa memaksa orang-orang yang degil ni tak nak juga buka Parlimen.. so kita nak restore balik demokrasi kita terpaksa buat macam Thailand pula,” katanya.

Isham juga membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan mendakwa kerajaan cuba ingkar dan mahu memaksa Agong untuk mengikut telunjuk mereka.

“Mereka nak push the hand of Agong untuk bersetuju dengan mereka pada hal Agong semalam dah cakap untuk buka segera (Parlimen).

“Balik-balik mereka kata masih September atau Oktober. Mereka ingkar dan mereka nak paksa Agong pula untuk ikut cakap mereka daripada sebaliknya sepatutnya mereka yang perlu ikut titah baginda,” katanya.

Semalam, Raja-Raja Melayu menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Dalam satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sementara di peringkat negeri, raja-raja berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) juga boleh bersidang secepat mungkin.

Terdahulu, Putrajaya dalam satu kenyataan juga memberi jaminan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, berhubung pandangan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan mengambil maklum titah pandangan Yang di-Pertua Agong seperti mana yang terkandung dalam kenyataan Istana Negara pada 16 Jun 2021.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
17 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
23 jam lalu· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
55 minit lalu · Politik
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
17 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok