
Cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu bersemangat untuk berkempen dalam pilihan raya sehingga terlepas cakap mahu ‘meredah’ banjir sehingga menimbulkan kemarahan rakyat yang menyifatkan Presiden UMNO itu tidak sensitif dengan kesusahan mereka.
Susulan kemarahan rakyat dengan kenyataan ‘redah’ banjir, Zahid seperti biasa berkata kenyataannya dimanipulasi walhal kata-katanya itu diucapkan secara terbuka dan bukan tadika sekali pun dapat memahami maksud yang hendak disampaikan tersebut.
Terserlah Zahid begitu tergesa-gesa dalam mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) sehingga tersasul dalam menuturkan kata-katanya, tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk boss UMNO itu memastikan Perdana Menteri mengikut cakapnya membubarkan Parlimen.
Langkah paling mudah untuk Zahid memastikan PRU-15 diadakan lebih awal tahun ini adalah dengan mengangkat telefonnya dan menghubungi cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan sebelum ini.
Pendekatan tersebut adalah lebih mudah daripada berterusan memberi tekanan kepada Perdana Menteri tetapi tidak mendapat sebarang respon yang diharapkannya.
Bukannya Zahid tidak pernah menelefon cikgunya itu untuk mengatur strategi politik bersama, jadi tidak ada salahnya jika diulangi perkara sama jika mahu PRU-15 diadakan juga tahun ini semasa musim banjir.
Semasa mahu menjatuhkan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukankah Zahid menelefon Anwar dan berpakat mencari jalan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Rakyat juga tidak lupa bagaimana 15 orang pemimpin utama UMNO mengadakan sidang media dalam menarik sokongan terhadap Muhyiddin, ahli UMNO juga tidak lupa bagaimana Zahid boleh tersasul menyebut nama Anwar semasa perhimpunan agung lalu.
Tetapi, rakyat paling tidak boleh lupa mendengar perbualan intim politik antara Zahid dan Anwar.
Jika Zahid menelefon cikgunya sekali lagi, pasti minggu depan juga berkemungkinan akan dibubarkan Parlimen.
Daripada berterusan dengan retorik politik yang tidak masuk akal dan memberikan teori-teori songsang untuk mengadakan PRU-15, lebih elok sekiranya Zahid mencari alternatif lain untuk memastikan cita-citanya pilihan raya diadakan lebih awal.
Cumanya, berkemungkinan Zahid bakal berdepan sedikit kesusahan untuk menelefon cikgunya kerana difahamkan sudah menukar nombor telefon baharu, al maklumlah iPhone 14 baharu sahaja keluar.
Daripada terpekik dan melolong tak tentu hala, baiklah kembali menelefon cikgunya untuk mendapatkan nasihat sepatutnya.