Nak pilihkah BN, PH yang tawar calon dituduh rasuah? Soal Azmin

November 10, 2022 · Politik

Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelar sikap hipokrit Barisan Nasional (PH) dan Pakatan Harapan (PH) kerana menawarkan kerajaan yang stabil dan bersih, tetapi pada masa sama meletakkan calon yang terpalit dengan tuduhan rasuah.

Sebaliknya, Azmin berkata ini berbeza dengan Perikatan Nasional, di mana tiada seorang pun calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) terjerat dalam mana-mana kes mahkamah.

Oleh itu, katanya pengundi yang akan keluar memilih kerajaan baharu pada 19 November ini harus membuat pertimbangan dengan menyokong calon yang bersih demi masa depan generasi yang akan datang.

“Bagi saya jawapannya mudah. Pendirian yang diambil oleh Perikatan Nasional tidak sama dengan pendirian di sebelah sana. Mereka bicara soal bersih, reformasi tetapi lihat saja calon-calon yang ditawarkan UMNO dan Barisan Nasional.

“Ada di kalangan mereka yang sedang turun naik mahkamah. Ada di kalangan mereka yang sedang bergelumang dengan salah guna kuasa. Tetapi mereka (UMNO) langsung tidak rasa malu untuk mengemukakan kertas penamaan calon pada 5 November lalu,” katanya pada pentas PRU-15 Perikatan Nasional di Kuala Langat, malam tadi (9 November 2022).

Begitu juga, kata Azmin dengan PH, yang mendabik dada bahawa mereka kerajaan reformasi yang ingin membawa pembaharuan dan menentang amalan rasuah.

“Tetapi berapa banyak calon Pakatan Harapan yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah di dalam mahkamah. Langsung tidak rasa malu untuk mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

“Jadi di mana kesungguhan mereka… di mana komitmen mereka untuk membentuk kerajaan yang bersih yang prihatin kepada rakyat.

“Tetapi Perikatan Nasional, kita bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana seluruh pimpinan Perikatan Nasional daripada calon kita di Marang, di Pagoh, di Kuala Langat, Sepang dan di seluruh negara adalah calon-calon yang bersih, tidak rasuah dan tidak pernah didakwa di dalam mahkamah kerana amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Azmin berkata perkara sedemikian sepatutnya menjadi pertimbangan pengundi dalam memilih siapa yang sepatutnya diberi amanah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Ini yang harus diberikan pertimbangan… inilah sebab wujudnya Perikatan Nasional atas pemikiran yang panjang, wawasan yang jauh, yang dilontarkan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) yang bincang panjang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) pada awal 2020.

“Bagaimana mungkin kita dapat kekuatan dan pemikiran untuk membentuk kerajaan yang kuat, yang gagah, yang bersih, yang stabil demi umat dan negara Malaysia,” katanya.

Beliau bersyukur walaupun tempoh pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional itu singkat tetapi memainkan peranan besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Azmin mengajak rakyat, khususnya pengundi, supaya dengan berani memilih Perikatan Nasional bagi membentuk sebuah kerajaan baharu yang Prihatin, Bersih dan Stabil (PN BEST).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok