Nak pakai baju Melayu pun diletak syarat oleh Speaker DAP Selangor: Roslan

August 4, 2023 · Politik

Ketetapan penyandang Speaker DAP, Ng Suee Lim yang tidak membenarkan baju Melayu dipakai semasa hari biasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini dipertikaikan Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Roslan berkata Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu menetapkan baju Melayu hanya boleh dipakai pada hari Jumaat sahaja dan mendakwa diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian di bawah peraturan mesyuarat 87(7) dan enggan melanjutkan hal tersebut.

“Speaker daripada DAP, dia kata di Dewan Negeri Selangor, hari Jumaat saja boleh pakai baju Melayu, hari lain pakai kot.

“Ketika tu, UMNO bersama-sama dengan kita (PAS).

“Kita datanglah pakai baju Melayu. Ini baju kebangsaan, siapa kamu (Suee Lim) untuk cakap kita tak boleh pakai baju kebangsaan, betul tak?

“Nak dihalau keluar dewan, tuan-tuan… akhirnya esok terpaksa.

“Kalau pakai baju Melayu, tak boleh masuk sidang dewan. Peraturan apa kamu ikut? Ini peraturan yang diputuskan oleh speaker. Speaker dari mana? Dari DAP.

“DAP dari mana? Dari Pakatan Harapan. Nak undi lagi Pakatan Harapan? Biar sedar kita orang Melayu ni,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Roslan menyampaikan ceramah di Kampung Sungai Yu, Tanjung Karang malam tadi.

Dalam ucapannya lagi, beliau juga menggesa supaya orang Melayu di Selangor bersatu dan tidak berpecah dengan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Perikatan Nasional (PN) kerana UMNO kini sudah menjadi rakan politik DAP.

Roslan bimbang DAP akan merampas 15 kerusi daripada 56 kerusi DUN sekiranya Melayu-Islam tidak bersatu, sementara UMNO tidak lagi boleh diharap untuk mempertahankan hak orang Melayu kerana sudah menjadi parti minoriti dalam kerajaan campuran.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PKR memenangi 21 kerusi DUN Selangor diikuti DAP (16), Amanah (8), Bersatu (6), UMNO (4) dan PAS hanya satu iaitu DUN Sijangkang.

Roslan berkempen untuk calon PN bagi DUN Permatang, Nurul Noh, yang juga merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal berturut-turut, Tan Sri Noh Omar.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
12 minit lalu· Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok