‘Nak elak didakwa BN perlu menang, buat PRU musim banjir’

October 13, 2022 · Politik

Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang secara terbuka berkata kepemimpinan parti kompenan Barisan Nasional (BN) akan menghadapi tuduhan di mahkamah jika mereka kalah lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dilihat antara sebab mengapa pilihan raya mahu dipercepatkan.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Kamarudin Mohd Kasim berkata ini kerana, pada tafsiran mereka, mengadakan pilihan raya ketika musim banjir bakal menyumbang kemenangan kepada UMNO-BN.

“Itu sebab nak PRU15 dipercepatkan kerana time ni sahaja bagi UMNO-BN mereka boleh menang.

“Jika time ini pun mereka kalah, maka bersiap sedia kata Zahid Hamidi,” kata Kamarudin dalam Facebooknya merujuk kepada ucapan Zahid yang tular sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 Isnin lalu, Zahid mendakwa bagi mengelakkan hal itu berlaku, ‘mewajibkan’ BN untuk mencapai kemenangan dalam PRU-15 nanti.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, BN perlu menjadi dominan dalam kerajaan selepas ini.

Zahid juga menegaskan PRU akan datang – yang belum ditetapkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya – adalah ‘ibu’ segala PRU di negara ini.

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU14.

“Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa… kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).

“(Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri Pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.

“Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU Ke-15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid. – BeritaBersatu

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
22 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok