Nak calon PM selain Anwar kena buat mesyuarat baharu, kata DAP

Sekiranya mahu memilih calon Perdana Menteri selain nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, blok pembangkang perlu mengadakan mesyuarat baharu untuk menukar keputusan tersebut, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian sebelum ini yang menamakan Anwar sebagai satu-satunya calon PM dan tidak akan mengundang calon lain daripada gabungan tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam mesyuarat sebelum ini, PH sudah menetapkan bahawa Anwar hanya satu-satunya calon bagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Sekarang bagi PH, calon Perdana Menteri kita buat masa ini ialah Anwar. Keputusan kita adalah Anwar dan kita tidak akan mengundang calon lain kecuali kita buat mesyuarat baharu, maka itu cerita lain pula,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Spekulasi sebelum ini mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) bahawa UMNO akan diberi jawatan PM sekiranya membentuk kerajaan baharu selepas semua Ahli-Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional meletak jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Terbaharu, semasa pertemuan dengan MP BN di Wisma Perwira lewat malam semalam, Zahid dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dikatakan mengulangi sekali lagi gesaan supaya keluar daripada kerajaan PN, menurut sumber.

Pertemuan yang berakhir lewat malam semalam di Wisma Perwira adalah susulan daripada pertemuan awal pada tengahari semalam antara Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Zahid meminta Menteri UMNO dan MP BN meletakan jawatan mereka dalam kerajaan.

BERITA BERKAIT
POPULAR