Najib yang duduk Seri Perdana, tapi Zahid yang terasa

October 4, 2021 · Politik

Datuk Seri Najib Razak merupakan penghuni terakhir di Kompleks Seri Perdana semasa menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum berpindah keluar susulan kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya tampil mempertahankan rakan karibnya yang terpalit dengan kontroversi kerosakan di Seri Perdana melibatkan kos jutaan ringgit, malah beberapa gambar tular mendedahkan keadaan sebenar yang amat teruk di kediaman rasmi rumah PM itu.

Zahid tidak berpuas hati apabila Najib dipersalahkan berhubung kerosakan yang berlaku di Seri Perdana sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan puluhan juta untuk membaikinya.

“Tidak masuk akal untuk Presiden Bersatu cuba mengaitkan Perdana Menteri keenam (Najib) dengan kelulusan projek RM38.5 juta menaik taraf Kompleks Seri Perdana pada zaman beliau sebagai Perdana Menteri kelapan,” kata Zahid dalam hantaran di Facebooknya.

Terdahulu, tular beberapa gambar yang mendedahkan kerosakan bahagian dalam dan luaran Seri Perdana, malah Najib juga mengakui memindahkan perabot dalam kompleks itu yang kini disimpan dalam sebuah gudang.

Selain itu, beberapa gambar peti besi yang dikeluarkan dari kompleks itu juga tular baru-baru ini, ia dipercayai digunakan semasa Najib menjadi PM ketika itu.

Kompleks Seri Perdana dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.

Kos pembinaannya juga mencecah puluhan juta ketika itu, malah kompleks sebesar itu juga pastinya memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan yang menelan belanja tinggi. Jurutera pembinaan pasti tahu kos dan belanja yang diperlukan untuk memastikan bangunan sebesar itu dapat bertahan lama.

Bagaimanapun selepas Pakatan Harapan (PH) menang di Putrajaya, mereka tidak pernah mengambil tahu atau sekurang-kurangnya cuba meneliti aset milik kerajaan yang sangat bernilai tersebut.

Mungkin kerana waktu itu kerajaan PH terlalu sibuk mengendalikan hutang-hutang 1MDB yang ditinggalkan oleh bekas PM waktu itu.

Untuk rekod, Seri Perdana bukan dibina oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah PM Kelapan tersebut tidak pernah menetap atau mengadakan sebarang acara rasmi disitu sepanjang menjadi pemimpin nombor satu negara.

Cadangan untuk membalik pulih juga datang daripada agensi bertanggungjawab yang mengendalikan aset kerajaan itu, pastinya aset kerajaan perlu dijaga dengan baik selepas hampir beberapa tahun ditinggalkan begitu sahaja.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
22 jam lalu· Isu semasa
Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen
August 8, 2022· Isu semasa
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022· Isu semasa
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
11 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
12 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
17 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
18 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok