Najib terharu tindakan NGO syor namanya jadi PM interim

August 13, 2021 · Politik

Terharu dan terima kasih kerana ambil berat terhadap dirinya, itu ungkapan Datuk Seri Najib Razak selepas namanya disyorkan sebagai Perdana Menteri (PM) interim jika kerajaan Perikatan Nasional jatuh.

Najib seolah-olah kesipuan selepas mendapat khabar berita pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) yang menghantar permohonan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong agar memberikan pengampunan Diraja terhadap Najib yang sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi.

“Saya berterima kasih pada NGO itu sebab mengambil berat pada saya, tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana Negara pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Terdahulu, Pengerusi NGO tersebut Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata tindakan tersebut bertujuan untuk menyelamatkan negara yang sedang berdepan krisis politik dan mempunyai pengalaman memimpin negara.

“Ini peluang untuk selamatkan Malaysia,” katanya dipetik sebuah portal.

Tindakan UMNO yang tidak mencalonkan Najib sebagai calon PM menyebabkan kumpulan itu bertindak mengambil inisiatif sendiri.

Najib sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada syarikat kerajaan SRC International Sdn Bhd.

Najib merayu terhadap sabitan itu di Mahkamah Persekutuan.

Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1MDB selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

14 MP UMNO termasuk Najib diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Berita berkaitan
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
15 jam lalu· Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
20 jam lalu· Politik
Pendedahan Zaharin timbul tanya, PM mengadap Agong hari ini?
20 jam lalu· Politik
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
October 2, 2022· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
13 jam lalu · Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
17 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok