Najib serba tahu di Facebook tapi serba tak tahu di mahkamah: Rafizi

August 15, 2022 · Politik

Lawan lantang Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak bekas Perdana Menteri (PM) itu yang kononnya mengetahui segala-galanya ketika memuat naik tulisan di dalam Facebook, tetapi mencari pelbagai helah dan serba tidak tahu ketika di mahkamah.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata rayuan akhir kes SRC Internasional Sdn Bhd (SRC) Najib yang bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan adalah tempat terbaik untuk bekas PM itu membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dilakukan selama ini.

Menurutnya beliau sering naik turun mahkamah ketika Najib serta Pakatan Harapan (PH) berkuasa, dan menang semua 14 kes berdasarkan hujah perundangan mengikut fakta.

“Cuma keadaan saya tidak sama dengan kes-kes Najib. Saya diheret ke mahkamah oleh kerajaan yang ingin menutup penyelewengan mereka yang menyebabkan berbilion wang rakyat hangus.

“Satu dunia tahu, siap dengan bukti fizikal seperti kondo-kondo, hartanah di Australia, keterangan pesara tentera yang lewat dibayar pencen dan pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang hancur.

“Kes Najib bersabit pencurian wang pencen rakyat dari KWAP yang masuk ke akaun banknya, lalu dia berjoli sakan membeli barang kemas mewah, membayar kad kredit dan sebagainya.

“Bukti dari segi “money trail” cukup jelas dan dakwaan wang itu datang dari penderma Arab telah dibuktikan di mahkamah hanyalah pembohongan saja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berkata Najib memberi arahan kepada anggota UMNO untuk menjawab dan membalas segala pendedahan beliau dalam masa tiga jam, termasuk diputar dengan pelbagai tuduhan kononnya beliau adalah ‘Raja Fitnah’.

“Di mahkamah pula, Najib mencari segala alasan untuk melambatkan kesnya. Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan.

“Di FB, dia serba tahu dan serba benar. Di mahkamah dia serba tidak tahu dan serba tidak ingat,” kata Rafizi lagi.

Beliau berkata Najib kerap memainkan sentimen Melayu tetapi apabila terjerat di mahkamah mula menggerakkan kempen memfitnah dan menuduh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terpalit dengan rasuah, dan perkara itu diulang-ulang oleh ahli UMNO.

“Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

“Memfitnah Yang Arif Datuk Mohd Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk.

“Saya berdoa supaya Allah melindungi hakim-hakim kita yang jujur dan adil. Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini.

“Najib pula, apa lagi yang kamu mahu #SayaPutarJib kali ini di mahkamah tertinggi negara? Alasan apa lagi yang kamu fikirkan untuk disebarkan cyber trooper kamu?,” kata Rafizi.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
15 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok