Najib musnahkan UMNO, muka tak malu: Tun M

April 15, 2021 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ahli-ahli UMNO boleh menyertai Bersatu sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan sedia ada memandangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pun sendiri sanggup membuat pakatan sulit dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu berkata secara terbuka dengan mendakwa kerosakan teruk yang berlaku pada UMNO ketika ini adalah berpunca daripada Datuk Seri Najib Razak yang dianggap sebagai memalukan legasi bapanya Tun Abdul Razak sendiri.

“Ya, kalau dia orang tak ada. Tak apalah orang UMNO boleh join Bersatu. Tak payah UMNO lagi pasal UMNO dapat nama buruk.

“Najib is the killer of UMNO, Najib destroyed UMNO. (Najib adalah pembunuh UMNO. Najib menghancurkan UMNO).

“Bapa dia tubuh, dia yang destroy. Dia sama sekali tidak malu kerana memusnahkan warisan bapanya” katanya dipetik portal Malaysiakini.

Terdahulu, politik negara dikejutkan dengan penularan klip audio pakatan antara Anwar dengan Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU), kedua-dua mereka masih belum membuat sebarang laporan polis walaupun pada awalnya menafikan bersungguh-sungguh.

Perbualan Anwar dan Zahid itu yang menjuruskan kepada strategi politik mencetuskan ketegangan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, sehinggakan ramai yang mendesak Zahid melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
13 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
1 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
7 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok