Najib hanya boleh berkempen dalam penjara setakat ini

October 11, 2022 · Politik

Tiada kebenaran diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti didakwa setengah pihak.

Bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu hanya boleh berkempen dalam penjara setakat ini sepanjang berlangsung PRU-15 nanti kerana masih terikat dengan peraturan dan undang-undang negara.

Menerusi penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad, orang ramai kini faham selagi Najib masih menjalani hukuman, tiada kebenaran akan diberikan kepadanya untuk keluar berkempen pada PRU-15.

“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya kepada media pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar penyandang kerusi Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas untuk keluar berkempen pada PRU-15.

Bagaimanapun, Nordin berkata selain permohonan untuk menghadiri sesi sidang Parlimen yang telah ditolak, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan lain daripada bekas Perdana Menteri itu.

Beliau turut mengulangi bahawa Najib tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman penjara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Nordin berkata Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara selain prosedur operasi standard jabatan itu.

“Kami memberi layanan yang sama kepada semua penghuni di sini dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan di sini,” katanya.

Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok