Najib habis modal, sampai cerita Sabah pun ungkit balik: Muhyiddin

February 4, 2022 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah berakhir dan kerajaan negeri pun sudah terbentuk tetapi Datuk Seri Najib Razak masih mengungkit cerita lama dan tidak diketahui niatnya.

Mungkin disebabkan PRN Johor bakal menjelang, Najib yang kehabisan modal terpaksa mengungkit kembali cerita lamanya bagi mewujudkan polemik politik yang tidak sepatutnya berlaku dan cuba menunding jari terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin tidak mengetahui tujuan dan agenda Najib yang memainkan isu tersebut semula, melainkan dengan niat tertentu yang tidak elok.

Beliau juga hairan dengan cara Najib kerana Kerajaan Sabah berjalan dan berfungsi dengan baik pada waktu ini melalui persefahaman yang terjalin.

“Saya tak tahu dia nak korek cerita apa, saya tak tahu apa muslihat dan matlamat dia melainkan jika dia tidak ada niat yang jahat.

“Menimbulkan perbalahan ketidakstabilan ini tidak membantu negara. Sepatutnya dalam situasi ini, dia membantu mewujudkan kestabilan, bukan mempersoal perkara yang sudah sah dari segi Perlembagaan negeri atau sudut apa sekali pun.

“Sebab itu di Sabah luar biasa, UMNO ada di sana bersama kita di bawah Gagasan Rakyat Sabah (GRS), jadi saya tak faham dan saya sudah jelaskan pendirian serta pandangan kita,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Muhyiddin terdahulu melancarkan Program Jualan Prihatin Rakyat PN di Dataran Pagoh Jaya.

Semalam, Muhyiddin dalam satu hantaran Facebook menyelar kenyataan Najib yang mendakwa pengkhianatan Bersatu pada PRN Sabah menjadi punca Muafakat Nasional (MN) gagal.

Muhyiddin berkata, dakwaan Najib yang menuduh Bersatu meletakkan calon melawan UMNO pada PRN Sabah yang kononnya perbuatan khianat kepada UMNO adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, perincian pembahagian kerusi dibincangkan pada peringkat jawatankuasa itu dan antara yang terbabit mewakili PN dan Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

UMNO juga semasa PRN Sabah tidak menamakan nama calon Ketua Menteri mereka, malah bersetuju secara konsensus dengan pemilihan Hajiji sebagai KM.

Kini, Najib nampaknya masih cuba memainkan isu PRN Sabah sebagai modal politiknya menjelang PRN Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
15 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
18 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
11 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok