
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak berucap pada konvensyen Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia KLhari ini, (Rabu, 1 Jun 2022).
Empat pemimpin tertinggi UMNO perlu menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan yang tepat mengenai bila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan, kata Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan dua naib presiden UMNO. Ismail Sabri adalah salah seorang daripada tiga naib presiden.
“Oleh kerana pertaruhannya terlalu tinggi, keputusan yang betul mesti dibuat, ia mengenai masa depan kita,” kata Najib ketika berucap pada konvensyen Barisan di Pusat Dagangan Dunia KLhari ini, (Rabu, 1 Jun 2022).
Bekas perdana menteri itu mengakui PRU14 sepatutnya diadakan selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara pada Ogos 2017.
Semalam, Ismail Sabri ketika temu bual dengan akhbar Jepun, Nikkei Asia memaklumkan beliau akan mengadakan PRU dalam masa yang sesuai, namun membayangkan ianya tidak akan diadakan dalam masa terdekat.
Perdana menteri merujuk kepada kadar peningkatan inflasi, selain kenaikan kos dalam perbelanjaan makanan dan sara hidup lain adalah antara sebab untuk menolak PRU diadakan lebih awal.
PRU sepatutnya perlu dipanggil sebelum September tahun depan.
“Kita perlu menunggu masa yang sesuai (untuk mengadakan PRU). Kita sedang menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga yang tinggi… adakah anda rasa ini masa yang sesuai?,” katanya Ismail Sabri kepada akhbar kewangan Jepun, yang terbesar di dunia dengan edaran harian melebihi tiga juta.
Menurut laporan itu, Ismail Sabri mendapat tekanan daripada UMNO, partinya sendiri supaya mengadakan PRU lebih awal.
“Pilihan raya tidak boleh dilengahkan daripada garis masa yang ditetapkan dalam Perlembagaan… tetapi untuk mengadakannya lebih awal, kita kena lihat keadaan semasa,” kata Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menjangkakan Barisan Nasional (BN) boleh menang besar jika PRU diadakan lebih cepat.
“Jika ia (pilihan raya) selesai, mungkin kita boleh menang besar. Tetapi kerana tekanan tertentu, kita tangguhkan pilihan raya, dan kita (BN) tewas,” katanya.
Najib berkata BN harus mengambil kesempatan daripada kekacauan dalam pembangkang untuk mengadakan pilihan raya.
“Sementara mereka berada dalam keadaan kucar-kacir, BN semakin kuat. Kita mungkin mempunyai masalah, tetapi kita lebih kuat sekarang,” katanya.
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri sekarang turut dianggotai Perikatan Nasional (BN) – gabungan Bersatu, PAS, Gerakan dan beberapa parti lain.
Sebelum ini, kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) telah menandatangani perjanjian kerjasama dwipartisan, yang antara lain menggesa agar Parlimen tidak dibubarkan sebelum 31 Julai 2022 bagi membolehkan tempoh kestabilan politik.
Bagaimanapun, UMNO, parti komponen terbesar dalam BN, mendesak supaya pilihan raya umum diadakan segera.
Sementara itu, Najib berkata angin perubahan dalam kalangan pengundi kini adalah untuk BN, itulah sebabnya label “Bossku” telah mendapat tarikan yang ketara dalam kalangan akar umbi.
Menurutnya “Bossku” bukan mengenainya tetapi sinonim dengan BN.
“Angin perubahan bertiup ke arah kita, ke arah Barisan. Saya yakin dengan ini, jika tidak “Bossku” tidak akan popular di tanah air. Bossku sinonim dengan Barisan,” katanya.