Najib elok muhasabah diri, mahkamah sudah jatuh hukum elok ada sedikit rasa malu

February 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya muhasabah diri dan mempunyai sedikit rasa malu dengan tidak membuat kenyataan yang memesongkan fakta demi kepentingan politik peribadinya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Najib sudah dijatuhi hukuman dan didapati bersalah atas pertuduhan jenayah rasuah yang dilakukannya tetapi berlagak seakan-akan tidak ada membuat kesalahan, malah memutarbelit fakta dalam isu yang berlaku di Sabah.

“Datuk Seri Najib janganlah memutarbelitkan fakta. Apa yang berlaku dalam PRN Sabah bukanlah sebab Muafakat Nasional gagal.

“Saya fikir Najib elok ambil masa memuhasabah diri. Tak usahlah bermain politik jelik. Anda telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah yang berat. Sepatutnya ada sedikit rasa malu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib mendakwa kegagalan Muafakat Nasional (MN) berpunca daripada pengkhianatan Bersatu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, malah memfitnah kononnya calon Bersatu diletak untuk melawan calon UMNO semasa PRN tersebut.

Namun, Muhyiddin menjelaskan dakwaan Najib tersebut sebagai satu lagi pembohongan yang dicipta walhal faktanya tidak ada satu pun kerusi yang menyaksikan Bersatu bertembung dengan Bersatu semasa PRN Sabah lalu.

“Faktanya tidak ada satu pun kerusi di mana calon Bersatu melawan UMNO dalam PRN Sabah.

“Sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, saya telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang dihadiri oleh pimpinan PN, BN (Barisan Nasional) dan PBS untuk menetapkan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah. Saya telah menyatakan dengan jelas dalam mesyuarat-mesyuarat ini penting untuk PN, BN dan PBS mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Sabah.

“Saya juga pada waktu itu telah mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung PN untuk membentuk jawatankuasa pembahagian kerusi antara parti-parti PN, BN dan PBS dengan satu arahan yang jelas bahawa semua parti mesti mengelakkan pertembungan sesama sendiri,” jelasnya lagi.

Berhubung pemilihan calon Ketua Menteri Sabah, Muhyiddin berkata PN memenangi kerusi terbanyak semasa PRN Sabah dan pencalonan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mendapat persetujuan semua parti yang dibincangkan bersama.

“Dalam PRN Sabah, PN menang 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PBS 7 kerusi. Ini menjadikan PN sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti GRS.

“Maka PN telah mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai KM Sabah dan pencalonan ini dipersetujui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS termasuk UMNO.

“Adakah saya khianat? Saya tidak khianat. Saya beritahu UMNO supaya menamakan calon. Sekiranya UMNO tiada calon, saya ada calon yang ingin diketengahkan. Saya bersikap telus dan berterus terang dengan UMNO,” katanya lagi.

Muhyiddin turut berkata dalam Islam sifat malu adalah sebahagian daripada iman penganutnya, tetapinya malangnya apabila seseorang itu tidak lagi tidak ada perasaan malu dan diangkat dijulang sebagai boss mereka pula.

“Dalam Islam, malu itu adalah sebahagian daripada iman. Tetapi malangnya di dalam Umno, seorang yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah yang disifatkan sebagai ‘national embarrassment’ oleh mahkamah diangkat sebagai boss dan dilaungkan slogan malu apa bossku.

“Di mana letaknya keimanan? Di mana maruah? Saya sudah lupakan Muafakat Nasional. Tak perlu diungkit-ungkit lagi,” katanya.

Jelasnya, ada hikmah disebalik yang berlaku apabila UMNO tidak mahu bekerjasama lagi Bersatu dan menyifatkan ia sebagai lumrah dalam politik.

“Bersatu telah buat keputusan untuk tidak menyertai Muafakat Nasional. UMNO pun telah buat keputusan dalam Perhimpunan Agungnya untuk tidak bekerjasama dengan BERASATU. Jadi apa lagi yang hendak diungkit?

“Ada hikmah Bersatu tidak bekerjasama dengan UMNO. Jadi Bersatu tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin UMNO.

“Secara peribadi saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai boss!” katanya lagi.

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
15 jam lalu· Politik
Kenyataan Muhyiddin disalah tafsir, kata Ketua Sayap Bersekutu Bersatu
18 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
18 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
11 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok