Najib dihukum penjara walaupun kerajaan dipimpin Ismail Sabri: Nur Jazlan

August 31, 2022 · Politik

Datuk Seri Najib Razak tetap dihukum penjara walaupun kerajaan sekarang dipimpin Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata dakwaan kononnya langkah mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) awal disebabkan mahu menyelamatkan pemimpin mereka yang berdepan pertuduhan di mahkamah adalah tidak benar malah Najib tetap dihukum penjara.

“Kononnya desakan UMNO mahu adakan PRU-15 lebih awal sebab mahu selamatkan kluster mahkamah. Bagi saya, alasan itu tak boleh pakai langsung kerana dalam keadaan sekarang pun Penasihat UMNO (Najib) tetap dihukum penjara walaupun kerajaan dipimpin oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu membuktikan UMNO tak mempengaruhi institusi kehakiman sebagaimana yang pernah dibuat oleh kerajaan PH sebelum ini yang membuat dakwaan terpilih terhadap pemimpin-pemimpin UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, UMNO mengadakan Taklimat Khas kepada akar umbinya baru-baru ini yang dipanggil Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid semasa ucapannya mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib dan menyebabkan beberapa laporan polis juga dibuat kepadanya.

Selain itu, semasa taklimat sama, Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said juga mempertikaikan keputusan terhadap Najib selain mempersoalkan mengapa Ismail Sabri tidak melantik Peguam Negara yang baharu kerana boleh melakukan sedemikian.

Susulan itu, Azalina juga dikecam kerana dilihat cuba mengganggu sistem perundangan dan kehakiman negara.

Jelas Nur Jazlan, UMNO perlu segera mengadakan PRU-15 kerana populariti Barisan Nasional (BN) sedang melonjak dan semangat keseluruhan jentera parti cukup membara.

“Semangat dan keyakinan UMNO/BN itulah yang membuatkan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) semakin kecut perut. Mereka cukup takut kalau Parlimen dibubarkan dan PRU-15 diadakan dalam masa terdekat sebab tahu mereka tak kuat serta lemah.

“PH berkali-kali guna alasan rakyat tengah susah dan negara belum stabil untuk PRU-15, padahal hakikatnya mereka yang tengah susah hati sebab gabungan itu belum pulih daripada reputasi sebagai kerajaan gagal 22 bulan.

“Mereka tahu bila PRU-15 diadakan sekarang, rakyat akan menghukum mereka dan PH akan kekal sebagai parti pembangkang seperti sebelum ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
6 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu· Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu· Isu semasa
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
9 jam lalu· Politik
Popular
Tak pernah bincang Zahid jadi calon PM, kata Naib Presiden UMNO
September 26, 2022
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
September 26, 2022
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet
11 jam lalu · Politik
Tunggu bubar Parlimen, baharu Khairuddin umum sertai parti baharu
15 jam lalu · Politik
Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen
20 jam lalu · Politik
Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?
September 25, 2022 · Politik
PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful
September 25, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok