Najib dan UMNO tidak berani tuntut wang RM114 juta, dedah sumber

June 7, 2021 · Politik

Sudah hampir dua minggu lebih berlalu, namun Datuk Seri Najib Razak mahu pun UMNO masih tidak tampil menjelaskan berhubung status tuntutan wang sitaan RM114 juta yang kesnya sudah selesai di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri itu juga beberapa kali membuat kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan umum, awalnya wang tersebut dikatakan milik UMNO dan kemudiannya akan diagihkan sama rata dengan beliau.

Terbaharu pula, Najib berkata wang tersebut adalah milik UMNO dan tuntutan akan dilakukan oleh parti bukannya individu.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga pada 20 Mei lalu ketika satu sidang media di bawah pokok berkata wang tersebut akan dituntut bersama Najib dan UMNO, dan kemudiannya akan dibahagikan secara sama rata.

Bagaimanapun hampir 19 hari berlalu, tidak diketahui sama ada UMNO atau Najib sudah membuat tuntutan atau masih belum.

Usaha Agenda Daily untuk mendapatkan penjelasan daripada Shafee juga masih gagal menerima jawapan. Tiada juga sebarang kenyataan rasmi daripada UMNO berhubung tuntutan wang tersebut.

Minggu lalu, kami melaporkan sumber dalaman memberitahu badan tertinggi parti, Majlis Tertinggi UMNO tidak ada mengeluarkan sebarang arahan kepada peguam parti untuk menuntut wang tersebut di mahkamah walaupun sebelum ini Najib mendakwa wang RM114 juta adalah derma kepada parti.

Terbaharu, Agenda Daily menerima maklumat daripada sumber dalaman yang mendedahkan Najib dan UMNO tidak berani untuk menuntut wang RM114 juta tersebut kerana ia bakal mengundang musibah yang lebih teruk kepada parti dan individu yang menuntut wang tersebut.

“Pertama, jika UMNO tuntut wang tersebut kemungkinan besar UMNO akan berdepan risiko diharamkan… jika parti diharamkan, ia satu musibah yang besar dan ia pasti akan menyebabkan masalah yang lebih besar kepada kami.

“Kedua, Najib juga tidak akan berani menuntut wang tersebut… jika beliau tuntut juga, nanti dia yang akan kena (tindakan undang-undang),” kata sumber itu.

Menurut sumber, Najib cuba memberi tekanan agar UMNO menjadi pihak utama untuk menuntut wang sitaan tersebut namun ia menerima tentangan daripada pemimpin utama parti dan juga Ahli Majlis Tertinggi yang tidak mahu terperangkap dengan permainan politik seorang individu.

“Parti adalah lebih penting daripada mahu menyelamatkan hanya seorang individu. Jika UMNO mengikut juga nasihat seorang individu yang kita tidak tahu masa depannya ia akan memusnahkan parti dan adakah kita mahu lihat ia berlaku?

“Kalau parti pun digadaikan, apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu? Isu wang RM114 juta hanya akan menyebabkan parti musnah, mustahil kami mahu ikut telunjuk seorang individu yang sedang berdepan kes mahkamah,” katanya.

Baru-baru ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakimannya, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun, status wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan selepas tiada sebarang perintah dikeluarkan mahkamah sama ada ia akan dikembalikan kepada pemilik atau disimpan kerajaan.

Untuk rekod, Najib dan UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status wang tersebut.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok