Najib dakwa kurma, kain baju dihantar ke cawangan UMNO bagi kempen pemilihan

May 10, 2021 · Politik

Sudah ada pemimpin UMNO yang memulakan kempen bagi menghadapi pemilihan parti, dakwa bekas presidennya, Datuk Seri Najib Razak sambil mengatakan beliau menerima laporan ‘buah kurma dan kain baju’ sudah dihantar ke cawangan-cawangan bagi tujuan meraih sokongan.

Najib berkata UMNO sudah hilang fokus kerana mereka sepatutnya menumpukan ke arah usaha menyatukan parti yang sedang berdepan krisis dalaman, serta membela kebajikan rakyat, dan bukannya berkempen ketika keadaan yang tidak menentu dihadapi negara sekarang.

“…Tapi kempen sudah berjalan kurma pun sudah berjalan, kain baju dah sampai dah, sampai ke cawangan-cawangan, jadi maknanya fokus kita sudah hilang.

“Tadi kita sebut soal fokus kita apa ialah penyatuan UMNO, hal-hal rakyat, dan kita mesti buat persediaan ini yang patut kita lakukan.

“Kalau kita pemimpin yang bertanggungjawab fikir soal parti, tapi kalau kita jalankan kempen, maknanya kita hendak naikkan diri kita. Tapi nasib parti kita siapa nak tentukan… tentulah kita sebagai pemimpin, tak kan orang lain,” katanya pada wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online malam tadi.

Jelas Najib lagi, tiada desakan daripada akar umbi untuk menyegerakan pemilihan parti sebaliknya mereka yang ‘di atas’ sahaja kemaruk mahu ia diadakan segera.

“Orang di bawah ini akar umbi kita, dia kata kami ini tiada masalah, yang masalahnya di atas, jadi soalnya kita sekarang ini pemimpin UMNO dalam kerajaan jangan fikir dia dalam kerajaan kerana dia, tidak kerana UMNO, UMNO letakkan dia di situ.

“Jadi apa peranan dia untuk UMNO ini pun kita nak tanya pada dia, jangan geli dengan jawatan sahaja orang kata, tapi kena semua menyumbang ke arah kekuatan parti UMNO, sayanglah parti kita selagi ada parti perjuangan kita boleh diteruskan, kalau tiada parti gelap masa hadapan,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pemilihan UMNO perlu dilaksanakan tahun ini mengikut kalendar parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sokongan sama juga dinyatakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menegaskan pemilihan UMNO perlu disegerakan bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Beliau menyifatkan penangguhan pemilihan pada 2018 telah menjerumuskan parti itu ke lembah kegagalan selepas kalah teruk pada PRU14.

UMNO dijangka mengadakan pemilihan pada hujung tahun ini dan bukannya Jun seperti khabar angin yang digembar-gembur.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata situasi itu mengambil kira keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, selain perkembangan semasa Covid-19.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok