Mungkinkah Anwar merancang strategi lain untuk jatuhkan Ismail Sabri pula?

August 26, 2021 · Politik

“Saya ucap terima kasih… Ismail Sabri ini mewakili UMNO dan dia bincang dengan Anwar dan DAP. Saya bergurau dengan dia, No Anwar No DAP, ini nampak dah berubahlah.

“Dia kata ini kerana semangat titah tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk kerjasama (dengan semua pihak),” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik dari MalaysiaKini.

Demikianlah gembiranya pemimpin UMNO yang sebelum ini kuat bersekutu dengan blok pembangkang menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), apabila Anwar ‘mengesahkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditemuinya semalam, mewakili UMNO, seolah-olah kerajaan sekarang adalah Kerajaan UMNO.

Ismail Sabri adalah Naib Presiden UMNO dan beliau bersama ramai lagi Ahli Parlimen (MP) parti berkenaan kekal bersama Kerajaan PN dan Perdana Menteri (PM) ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sehingga akhir.

Sebaliknya, ‘murid’ Anwar, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – yang kini berdepan puluhan tuduhan jenayah di mahkamah – membawa bersama 14 MP parti itu, termasuk dua bekas menteri Kabinet Muhyiddin, menarik diri daripada menyokong PN.

Susulan itu Muhyiddin terpaksa meletak jawatan PM pada 16 Ogos lalu kerana hilang sokongan di Dewan Rakyat.

Ismail Sabri kemudian diangkat sebagai PM ke-9 setelah mendapat sokongan 50 MP parti gabungan PN, termasuk empat MP Bebas pro-PN, dengan mengenakan beberapa syarat termasuk memastikan Jemaah Menteri yang bakal dilantik bukan daripada individu yang berdepan sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Bagaimanapun, setakat ini Ismail Sabri tidak pernah mengumumkan sama ada pentadbirannya sekarang adalah Kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO atau Kerajaan PN, sebaliknya pemimpin UMNO mengatakan ianya adalah Kerajaan BN. UMNO adalah parti dominan dalam BN.

‘Pengumuman’ Anwar bahawa Ismail Sabri mewakili UMNO tentunya mengembirakan 15 MP parti itu yang berjaya menumbangkan Kerajaan PN dan Muhyiddin. Tetapi apakah benar Ismail Sabri adalah ‘PM yang mewakili UMNO’ sebagaimana di dakwa Anwar? Atau kenyataannya sekadar untuk mencetuskan kemarahan PN?

Umum mengetahui taktik dan strategi Anwar setelah beberapa kali gagal merebut kerusi PM Malaysia, sejak 1990-an lalu.

Ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM, Anwar menggunakan DAP untuk mendesak Dr Mahathir menyerahkan jawatan PM kepadanya.

Hingga ke satu peringkat, Anwar mula menyedari bahawa Dr Mahathir tidak akan memberinya peluang menduduki kerusi PM. Namun, akhirnya Dr Mahathir melepaskan jawatan PM tetapi tidak diserahkan kepada Anwar.

Muhyiddin yang mendapat sokongan majoriti MP, termasuk daripada UMNO dan PAS diangkat sebagai PM ke-8 pada 1 Mac 2020, setelah Anwar gagal mendapat sokongan majoriti MP.

Anwar adalah rakan rapat Zahid sejak kedua-duanya mempunyai jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO yang cuba menjatuhkan Dr Mahathir pada 1990-an sebelum Anwar dipecat dari parti itu dan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden PKR itu juga dikatakan mempengaruhi Zahid serta menyusun strategi politik ‘murid dan cikgu’ seperti dalam klip audio sebelum ini. Malah, kejatuhan Kerajaan PN digerakkan serentak oleh kedua-duanya dengan bantuan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menjalankan strategi dengan mendakwa memperoleh majoriti sokongan, tetapi tidak dapat dibuktikannya sehinggalah Zahid membawa 14 MP UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan PN dan Muhyiddin, sekali gus membuka peluang kepada Anwar untuk bersaing semula merebut kerusi yang telah lama diidamkan.

Namun, Zahid, walaupun ‘sayangkan’ Anwar, tetap terikat dengan janji parti itu untuk tidak menyokong gurunya itu dan DAP, sebaliknya menandatangani akuan bersumpah memilih Ismail Sabri.

Sebab itu apabila Anwar membuat kenyataan bahawa Ismail Sabri mewakili UMNO dalam pertemuan yang turut disertai Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam, ianya seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
4 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
4 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
10 jam lalu· Politik
Popular
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
August 14, 2022
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Tok Mat lepas jawatan timbalan pengerusi jika BN gagal bentuk kerajaan
2 jam lalu · Politik
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
4 jam lalu · Politik
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
6 jam lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
10 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok