Mungkin setahun sahaja kalau dapat jadi PM kali ketiga: Dr Mahathir

September 24, 2022 · Politik

Sekiranya dipilih menjadi Perdana Menteri (PM) kali ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mahu memegang jawatan itu selama setahun sahaja bukan sehingga habis penggal.

Dr Mahathir yang sebelum ini meletak jawatan secara tiba-tiba pada 2020 berkata sedia memegang jawatan sebagai PM sekali lagi sekiranya didesak tetapi tidak selama lima tahun dan akan menyerahkan jawatan kepada calon lain.

“Saya lebih suka berehat (dan) masih memainkan peranan sebagai penasihat tetapi jika orang terus mendesak saya, sukar untuk saya memikirkan diri sendiri sahaja.

“Jadi jika mereka terus mendesak saya sehingga tiada orang lain, saya akan terima (menjadi perdana menteri semula), tetapi tidak selama lima tahun lah. Mungkin satu tahun sahaja,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Dr Mahathir menjawab soalan semasa program ‘Hard Talk with Dr Mahathir’ di Pusat Konvensyen Bangi hari ini.

Mahathir adalah PM keempat Malaysia selama 22 tahun antara 1981 dan 2003, ketika menerajui gabungan Barisan Nasional (BN).

Dia kemudiannya kembali sebagai PM di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara 2018 dan 2020.

Mahathir hari ini berkata dia tidak mahu orang ramai menganggap dia menubuhkan Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) selepas meninggalkan Bersatu untuk melonjakkan dirinya semula ke jawatan PM.

“Saya hanya mahu memastikan dasar yang membantu orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin dan penyayang kepada rakyat, negara dan agama,” katanya.

Pada 2020, selepas peletakan jawatan Dr Mahathir, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai pengantinya selepas mendapat majoriti dikalangan ahli-ahli Parlimen ketika itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
18 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
54 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok