PRU-15: Mungkin malas nak mengundi, Mat Maslan ramal 75 peratus keluar

October 19, 2022 · Politik

Peratusan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dijangka mungkin hanya sekitar 75 peratus, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu meramal peratusan lebih rendah berbanding semasa PRU-14 mungkin disebabkan pengundi malas dan tidak mengambil kisah dengan politik negara.

“Mereka jenis tak kisah apa berlaku di kiri dan kanan mereka, mungkin malas nak ambil bahagian dalam proses demokrasi jadi saya ramalkan secara peribadi mungkin yang keluar mengundi adalah 75 peratus.

“Mereka yang tak keluar mengundi itu secara tak langsung telah menyerahkan hasrat mereka itu kepada mereka yang keluar mengundi – walaupun itu tidaklah yang setepatnya – tapi kalau mereka tak keluar, itulah yang boleh disangkakan,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Untuk rekod, semasa PRU-14 lalu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.32 peratus daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar dan ia merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan.

Bagaimanapun, jumlah pengundi pada PRU-15 kali ini meningkat hampir sekali ganda dan berkemungkinan senario berbeza bakal berlaku.

Namun, gambaran jelas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini menunjukkan jumlah peratusan pengundi yang keluar rendah bawah 70 peratus menyumbang kepada kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, tiada yang menghalang rakyat untuk keluar mengundi dalam keadaan negara yang aman serta fenomena alam yang dirasakannya masih boleh didepani untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya lagi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Bersatu tak pernah tolak perpaduan ummah tiga parti, kata Muhyiddin
October 9, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023
Shafie kecewa tiada ADUN Warisan dilantik dalam kerajaan negeri Sabah
January 12, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok