Mula-mula nafi UMNO lobi jawatan TPM, hari ini Asyraf tak malu berjumpa TPM

Sikap sebenar Ketua Pemuda UMNO yang bermuka-muka akhirnya terserlah, ia pada mulanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menafikan kononnya parti itu sedang melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebelum ini, tetapi hari ini beliau antara yang terawal melawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabat baharunya.

Ismail Sabri secara rasminya memulakan tugasnya sebagai TPM bermula hari ini selepas dilantik pada Rabu.

Asyraf memuat naik gambarnya dalam Facebook bersama Ismail Sabri di pejabat TPM dengan menyampaikan 10 cadangan untuk menambah baik Bantuan Rakyat yang dirumuskan Pemuda UMNO.

Tindakan tersebut nampaknya bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini yang menyatakan Majlis Tertinggi UMNO sudah membuat ketetapan utnuk tidak menerima jawatan TPM tersebut.

Asyraf juga memuat naik status di akaun Facebooknya mengkritik kerajaan kononnya rakyat terdesak memerlukan bantuan dan bukan jawatan TPM, ia sebagai tanda bantahan terhadap lantikan jawatan itu kepada Ismail Sabri.

“Rakyat terdesak perlu bantuan bukan jawatan TPM,” kata Asyraf dalam Facebooknya sebelum ini.

Sekalipun Asyraf berkata mahu menyerahkan memorandum kepada Ismail Sabri berhubung cadangan tersebut, langkah tersebut sebenarnya boleh dilakukan di pejabat Menteri Pertahanan yang difahamkan lebih dekat dengan rumah Asyraf.

Bagaimanapun, mungkin Asyraf begitu teruja untuk merasai pengalaman di pejabat TPM tersebut memandangkan beliau kini tidak lagi berjawatan.

Atau, adakah Asyraf sekarang cuba melobi jawatan untuk diberikan kepadanya? Mungkin Asyraf lebih mengetahui niat sebenar lawatannya itu.

Sebelum ini sebelum Ismail Sabri dilantik, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan alasan gagal menjadi TPM sebagai modal untuk keluar kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Asyraf yang cuba menjadi hero membela Zahid menafikan dakwaan tersebut.

“Usah percaya berita palsu kononnya UMNO melobi jawatan TPM.

“Lagipun daripada melobi jawatan tersebut, lebih baik melobi PM untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa faedah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi bantuan tunai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC),” kata Asraf.

Untuk rekod, Asyraf masih tidak memadamkan status Facebooknya sehingga hari ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR