Muktamar PAS lulus usul perpaduan Melayu, tolak kerjasama dengan PH

September 4, 2022 · Politik

Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-68 bertema Malaysia Sejahtera hari ini melabuh tirai dengan meluluskan 13 usul termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Ulama PAS Pusat itu bertujuan mengembalikan kuasa parti-parti politik teras Melayu-Islam dalam pilihan raya berkenaan termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan situasi satu lawan satu pada PRU15.

Semasa sesi perbahasan usul itu di Kompleks PAS Kedah di Simpang Empat dekat Alor Setar, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat Roslan Md Isa berkata PAS perlu menyatukan parti-parti politik teras Melayu supaya tidak terjadi perpecahan undi.

“Strategi satu lawan satu juga diperlukan bagi mengelak pertembungan parti politik teras Melayu Islam, kita juga menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan dan juga khemah besar,” katanya.

Ketika menyokong usul itu, perwakilan dari Taiping Mahjube Hanafi berkata kepimpinan PAS perlu mengeluarkan surat jemputan kepada pemimpin tertinggi UMNO untuk mengadakan rundingan agar sasaran satu lawan satu pada PRU15 dapat direalisasikan.

“Saya percaya undi UMNO adalah penting untuk kita wujudkan politik Melayu Islam di negara ini. Walaupun Presiden UMNO ada menyebut jangan terhegeh-hegeh nak bersama PAS tetapi kita kena lihat juga hubungan PAS dengan UMNO dalam kalangan ahli akar umbi begitu mesra umpama kepala kereta api dengan gerabak,” katanya.

Turut diluluskan usul berkaitan PAS perlu menerajui gerakan Islam bagi penyatuan ummah merentasi sempadan negara dan benua yang dibahaskan oleh perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Hanif Jamaluddin.

Mewakili dewan itu, Mohd Hanif berkata cadangan tersebut dikemukakan susulan krisis dan cabaran dunia politik semasa yang semakin hebat sejak kebelakangan ini dan pelantikan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah seharusnya dimanfaatkan.

Kedua-dua usul diluluskan bersama lima usul lain yang dibahaskan pada muktamar itu manakala enam lagi diterima tanpa dibahaskan.

Antaranya (usul yang diterima tanpa dibahas) mewujudkan akta mengawal tindakan provokasi biadap terhadap agama dan membentuk Jawatankuasa Khas PAS Pusat untuk memantau tugas Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu.

Muktamar ditangguhkan ke suatu tarikh pada tahun depan yang akan ditetapkan kelak dan Kelantan dipilih sebagai tuan rumah bagi muktamar seterusnya. – Bernama

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
7 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok