Muktamar PAS ditangguh, tumpu perhatian hadapi PRN

May 1, 2023 · Politik

Persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi keutamaan PAS bagi memastikan kelancaran setiap jentera dalam keadaan terbaik.

PAS mengumumkan hari ini penangguhan muktamar parti tersebut yang sepatutnya berlangsung bulan ini bagi melihat setiap aspek persediaan jentera parti yang akan turun berkempen dalam PRN enam negeri.

Untuk rekod, PAS sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Rabu hingga Jumaat ini di sini dipinda ke satu tarikh baharu bagi memberi laluan kepada PRN tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penangguhan itu membuka ruang seluas-luasnya kepada PAS untuk memberi tumpuan berdepan PRN di enam buah negeri.

“Setakat ini, tidak dipastikan sama ada ia (muktamar) akan diadakan pada Ogos atau September. Tahun lepas ia diadakan pada September, jadi jika diadakan pada September atau Oktober belum dikira lewat kerana belum mencapai tempoh setahun.

“Muktamar kali ini juga akan diadakan pemilihan, namun setakat ini saya tidak nampak ada sebarang riak perubahan kepimpinan parti kerana saf yang ada kini diterima secara umum,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Takiyuddin terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan Kawasan Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut memaklumkan PAS Pusat akan menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini bertempat di Alor Setar, Kedah.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
22 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
32 minit lalu· Politik
Kerjasama dengan Dr M semula: PAS, Muhyiddin senada
20 jam lalu· Politik
Kenapa penyokong DAP diam? Nur Jazlan persoal sokongan kepada UMNO
June 5, 2023· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
45 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok