Mukhriz sahkan GTA, PN bincang kerjasama politik hadapi PRU-15

October 22, 2022 · Politik

Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN) telah memulakan perbincangan untuk meneroka kemungkinan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sementara GTA Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap perbincangan itu akan membawa kepada rundingan rasmi antara kedua-dua gabungan itu.

“Ya, GTA dan PN telah mengadakan perbincangan untuk meneroka kemungkinan pakatan pilihan raya… tetapi kami masih belum mencapai peringkat rundingan rasmi.

“Masih pada peringkat awal perbincangan di mana kita membincangkan konsep itu… tetapi maklum balas awal daripada PN nampaknya positif,” katanya kepada pemberita dalam temu bual di Alor Setar, semalam (21 Oktober 2022).

Untuk rekod, GTA membabitkan kerjasama antara Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (IMAN).

PN pula terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR.

Mukhriz yang juga Presiden Pejuang berkata kerjasama itu boleh dijalin sama ada dalam bentuk gabungan atau pakatan pilihan raya.

“Kami menjangka kerjasama dalam bentuk gabungan (antara GTA dan PN) tetapi mungkin agak sukar (masa), mungkin membentuk pakatan pilihan raya boleh dilaksanakan,” katanya.

Mukhriz mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sementara GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu bahawa gabungan itu bersedia bekerjasama dengan PN.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang dilaporkan menegaskan bahawa kerjasama yang dicadangkan itu akan tertakluk kepada terma yang digariskan oleh GTA.

Mukhriz berkata masih ada ruang untuk kedua-dua pihak mencari titik temu bagi membentuk kerjasama sebelum tarikh penamaan calon 5 November depan.

“Saya percaya kita semua sanggup mengetepikan perbezaan untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

“Apabila kita melihat kepada risiko kerosakan yang lebih besar kepada negara sekiranya UMNO dan BN kembali berkuasa, kita melihat perbezaan kita sebagai perkara kecil,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok