Mukhriz gagal pertahan Jerlun, ikut jejak Dr Mahathir hilang deposit

November 20, 2022 · Politik

Presiden Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional Dr Abd Ghani Ahmad.

Malah, bekas Menteri Besar Kedah itu menuruti jejak bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad apabila turut hilang deposit setelah memperoleh hanya 3,144 undi daripada 31,685 pengundi yang keluar memilih pada PRU-15, semalam (19 November 2022).

Dr Abd Ghani menang dengan majoriti 20,456 undi apabila memperoleh 31,685 undi.

Dua lagi calon adalah Datuk Othman Aziz dari Barisan Nasional, memperoleh 11,229 undi, manakala Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH – 6,149 undi dan hilang deposit).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Azmin Zainol Abidin di Dewan Bitara, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di Jerlun, pada jam 1.35 pagi tadi (20 November 2022)

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mukhriz yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen Jerlun dengan majoriti 5,866 undi dalam saingan tiga penjuru bersama Abdul Ghani Ahmad dan Othman.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok