‘Muka Anwar sudah tak cerah, 48 jam sebelum hari mengundi Sabtu’

November 17, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat serangan bertalu-talu Pakatan Harapan (PH) terhadap parti dipimpinnya disebabkan gabungan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kehabisan modal dan semakin goyah.

Pada masa sama Muhyiddin juga berasa pelik apabila Anwar ketika berkempen di kawasan Parlimen Bagan Datuk baru-baru ini tidak menyentuh atau menghentam penyandang kerusi yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata sokongan pengundi kepada PH dalam keadaan tempoh mengundi berbaki tidak sampai 48 jam lagi, sudah berkurangan setelah rakyat membuat penilaian parti mana yang lebih baik.

“Saya tahu Anwar sudah cukup bimbang… muka dia dah tak cerah sekarang… sedih sahaja. Mungkin dia fikir nak jadi Perdana Menteri, manalah tahu.

“Bagi saya ini soal persaingan dalam sistem demokrasi, ada orang suka ada orang tak suka, itu biasalah. Anwar kata saya bapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… faham ke dia masalah PKP? Cuba Anwar fikir kalau negara ini sewaktu Covid-19 saya tak buat PKP… rakyat bebas ke mana sahaja… apa jadi?

“Dia patut bersyukur dia masih hidup, anak, isteri hidup, semua sihat. Tapi nak persoal kata saya bapa itu, bapa ini, tak mengapalah. Mungkin dia sudah tertekan bila dia tengok trend mutakhir ini menjurus kepada Perikatan Nasional… anak-anak muda dan orang ramai terus sokong.

“Saya pun bila lihat kenapa Anwar pergi ke Bagan Datuk (Selasa) di mana kawasan yang dia tahu hadapi Zahid Hamidi (Presiden UMNO), dia tak sentuh langsung (serang Zahid). Jadi, apakah pandangan setengah pihak seolah-olah wujud bentuk persefahaman atau kerjasama,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan penduduk Kampung Jawa, Lenga, di Muar hari ini (Khamis, 17 November 2022).

Mengenai dakwaan Anwar berhubung Perikatan Nasional adalah parti terkaya, beliau sekali lagi meminta Anwar membuktikannya, sedangkan penyata akaun dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata Perikatan Nasional menyedari pelbagai cara digunakan oleh pihak lawan untuk meraih undi pada saat akhir.

Oleh itu beliau menasihatkan pengundi supaya menetapkan tekad dengan hanya memilih calon yang prihatin menjaga kebajikan rakyat dalam keadaan susah dan senang.

“Tetapkan pegangan dan niat bahawa setiap undi anda itu penentu masa depan anak cucu kita. Undilah Perikatan Nasional (PN). PN terbukti berjaya menguruskan negara dengan memberi keutamaan semua rakyat tanpa mengira keturunan dan agama.

“PN juga terbukti berdaya tahan dalam menghadapi situasi pandemik yang menggegarkan dunia. Wabak terburuk abad ini mampu ditangani dengan baik.

“Renungkan semua siapa bersama anda ketika negara berhadapan krisis kesihatan dan, cabaran ekonomi sejagat.

“Suka saya ingatkan lagi, PRU-15 ini sangat penting, undi anda menjadi penentu hala tuju negara. Pilih pemimpin yang layak, amanah, bersih dan stabil. Keluar beramai-ramai supaya peratusan mengundi melebihi 95 peratus,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok