Muhyiddin umum Rina Harun calon PN Parlimen Sepang

November 1, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi (31 Oktober 2022) mengumumkan Ketua Srikandi Bersatu Malaysia Datuk Seri Rina Harun sebagai calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Beliau berkata pengumuman dibuatnya itu menjawab pelbagai khabar angin mengenai perkara berkenaan sebelum ini.

“Siapa calon (PN) kat Sepang? YB Rina Harun calon kita. Ini presiden yang cakap. Datuk Seri Rina Harun yang jadi menteri mungkin dah diterima baik di sini (Sepang.

“Wajarlah pada malam ini saya umumkan inilah calon kita. Kita minta supaya semua sekali akan bekerja kuat untuk menyokong supaya Datuk Rina menang insya-Allah.

“Tapi saya tahu akan ada pencabar yang nak mengganggu-gugat calon kita ni. Yang datang daripada parti-parti yang lain,” katanya pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, di Sepang, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah; Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari; dan Ketua Bersatu Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali.

Muhyiddin sekali gus meminta pengundi di Sepang untuk menyokong calon PN demi pembaharuan dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata, kini sudah tiba masanya untuk pengundi membuat perubahan bersama Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu Sepang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah calon ketiga diumumkan PN sebagai untuk bertanding kerusi Parlimen pada PRU-15.

Selain Rina, dua calon sudah diumumkan parti masing-masing untuk berebut kerusi Parlimen itu ialah Ketua Pejuanita PEJUANG, Che Asmah Ibrahim; dan Ketua Wanita PH, Raj Munni Aiman Athirah.

Pada PRU14 lalu, Rina bertanding atas tiket PKR di Parlimen Titiwangsa dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok