Muhyiddin tunjuk dokumen bukti miliki sokongan bentuk kerajaan

November 22, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan gabungan itu telah menyerahkan senarai 115 sokongan ahli Parlimen yang diterima PN kepada pihak Istana Negara semalam, secara online.

Muhyiddin berkata permintaan dan syarat-syarat yang diletak pihak Istana Negara sebelum ini sudah dipenuhi dan dihantar semula kepada pihak yang sepatutnya untuk membuktikan sudah memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Saya nak menjelaskan bahawa semalam kita (PN) telah pun pergi menyerahkan secara online dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak Istana Negara iaitu untuk membuktikan bahawa kami daripada Perikatan Nasional dengan gabungan banyak parti-parti dan ahli-ahli Parlimen parti-parti yang lain berjumlah 115 dengan disokong oleh SD (akuan berkanun).

“Dan di sini telah pun ada surat akuan penerimaan daripada Datuk Nazim bin Mohd Alim Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong mengesahkan menerima dokumen ini,” katanya pada sidang media hari ini sambil menunjukkan dokumen berkenaan kepada wartawan.

Terdahulu, Muhyiddin bersama Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara setelah dipanggil berbuat demikian.

Katanya ketika majlis menghadap itu mereka dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong tentang perkembangan muktahir berhubung dengan status penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penyerahan dokumen – seperti diminta pihak Istana Negara sebelum ini – bertujuan menunjukkan bukti bahawa ketika serahan dilakukan yang dihantar melalui e-mel, PN memperoleh lebih daripada 112 sokongan ahli Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Saya nak menunjukkan bukti bahawa waktu saya menyerahkan ataupun kami menghantarnya menerusi e-mel… ini bukti bahawa kami waktu kita serah mempunyai sejumlah bilangan ahli Parlimen melebihi daripada 112. Sebagaimana yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara.

“Jadi sebab itu kami yakin kami sewajarnya boleh membentuk kerajaan. Tapi maklumlah bila saya menghadap tadi ada yang dikatakan yang ini tidak mencukupi. Saya tidak tahu apakah sebab-sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini,” katanya.

Muhyiddin juga berkata disebabkan tidak ada satu pun parti yang mempunyai jumlah bilangan yang mencukupi, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan PN bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Tetapi kami telah membincang perkara itu sejak awal lagi… kami tidak akan bekerjasama dengan PH. Pendirian itu adalah pendirian parti kita (PN) sejak dulu sampai ke hari ini.

“Atas tujuan apa sekalipun… semua sekali kita tetap tidak bersetuju. Jadi tadi saya diminta untuk menandatangani dokumen yang minta kalau kami bersetuju.

“Saya sain (tandatangan) tapi jawab atas (di bahagian atas) ‘tidak bersetuju’. Tok Guru (Abdul Hadi) pun ada sama. Memang kita dah sepakat atas sebab-sebab yang kita tahu kenapa kita tak boleh bekerjasama dengan PH… ini umum orang tahu apa sebabnya,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022· Politik
Saarani yakin lama kelamaan ahli UMNO Perak akan sokong PH-DAP
November 29, 2022· Politik
PN Pahang sedia galas tanggungjawab sebagai pembangkang selepas BN pilih PH-DAP
November 28, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
9 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
9 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok