Muhyiddin tempelak nafsu besar UMNO mahu jadi dominan

April 3, 2021 · Politik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak UMNO yang masih mengamalkan politik lama dengan nafsu besar untuk menjadi parti dominan yang mahu menguasai tampuk kuasa secara total.

Lebih ironinya, kritikan Muhyiddin tersebut dilontarkan semasa Perhimpunan Agung MIC, rakan parti komponen dalam Barisan Nasional bersama UMNO yang menjemputnya untuk memberikan ucapan khas pada hari ini.

“Sebagai parti politik, sumbangan paling besar yang boleh dilakukan oleh MIC ialah dengan mengutamakan politik perpaduan demi khidmat kepada rakyat, bukan politik berpecah-belah demi kepentingan yang sempit.

“Kita telah memasuki era baharu dalam politik negara kita. Tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa merekalah parti yang paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti-parti lain. Ini politik lama,” katanya pagi ini.

Terdahulu, pemimpin UMNO semasa Perhimpunan Agung 2020 (PAU) baru-baru ini lebih banyak bercakap berkisarkan betapa pentingnya untuk parti itu terus menjadi parti dominan supaya mereka dapat mengekalkan kuasa penuh.

UMNO juga dalam perhimpunan agung mereka membuat keputusan untuk menamatkan hubungan dengan Bersatu.

Muhyiddin berkata peranan parti-parti kecil lain dalam era politik baharu ini tidak boleh diperkecilkan dan mereka juga perlu saling hormat-menghormati satu sama lain.

“Kerana itu, kita perlu mengamalkan budaya politik yang berasaskan kepada persefahaman, perundingan dan konsensus dalam mencari jalan terbaik untuk memelihara kestabilan politik, membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara.

“Dalam apa sahaja hala tuju politik yang diambil oleh parti politik, pertimbangan utamanya mestilah kepentingan rakyat dan negara, bukan kepentingan individu atau kelompok yang kecil,” ujarnya lagi.

Terdahulu, semasa PAU hujung minggu lalu, pimpinan parti itu dengan jelas menyatakan parti itu perlu berada dalam kedudukan dominan dalam kerajaan yang dibentuk selepas PRU15.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok