Muhyiddin balas UMNO, ‘Kalau dia ambil semua, saya pun ambil semua’

March 27, 2021 · Politik

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin menegur UMNO supaya tidak terlalu menyombong diri sehingga mahu membolot semua kerusi dalam pilihan raya umum nanti kerana ia hanya akan mengundang kemarahan rakyat.

Perdana Menteri berkata Bersatu tidak berbicara mengenai soal pengagihan kerusi kerana tidak mahu dilihat angkuh, namun sekiranya UMNO masih berdegil dengan mahu membolot semua kerusi beliau tidak menolak Bersatu juga sedia mencabar mereka di semua kerusi yang ditandingi.

“Kalau dia (UMNO) ambil semua, saya pun ambil semua, satu lawan satu, satu lawan dua, satu lawan tiga. Inilah politik.

“Sebab itu saya tidak mahu menyombong diri kerana bersikap angkuh nanti rakyat marah,” kata Muhyiddin yang dipetik dalam Utusan Online hari ini.

Jelas Muhyiddin, pendirian yang dinyatakan UMNO dapat difahaminya bagaimanapun enggan menjadikan ia pertikaian kerana akan mengalih daripada soal pokok.

“Saya faham kenyataan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saya pun ada dekat situ dahulu. Saya tak mahu hadapi satu pertembungan yang akhirnya kita mengalih pandangan daripada soal pokok,” katanya.

Terdahulu awal pagi tadi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan memberi bayangan parti itu tidak akan menyerahkan kerusi miliknya kepada mana-mana parti lain termasuk PAS dan Bersatu.

“UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi UMNO. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO, dahulu, kini dan selamanya. Ia bukan untuk dilepaskan, demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak.

“Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO. Kita tidak akan mengalah. Kita tidak akan melatah… UMNO tidak akan terpedaya, dengan retorik kepentingan ummah, dan perpaduan Melayu, yang dibuat-buat,” kata beliau semasa Perasmian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri pagi ini.

Menurut Muhyiddin, perkara yang paling mustahak sekarang adalah kerajaan yang dipimpinnya sedang berusaha untuk membantu rakyat sebaik mungkin dan memulihkan ekonomi dengan kadar segera.

“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas. Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.

“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut. Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.

“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya lagi.

Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sedang berlangsung dijangka akan memuktamadkan soal kerjasama dengan Bersatu, manakala sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah dibuat sehingga Parlimen dibubarkan untuk menghadapi PRU-15.

Berita berkaitan
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Saya pula dipecat oleh ‘UMNO Zahid Sdn Bhd’, kata Tun Faisal
January 31, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
45 minit lalu · Politik
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
1 jam lalu · Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
3 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
3 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
5 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok