
Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini (Khamis, 9 Mac 2023). - Gambar Agenda Daily
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu meletak jawatan, hanya kerana pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam kesumat, setelah bangsa Melayu memberi sokongan kepada gabungan itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman bagaimanapun, keputusan itu terletak kepada bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan.
“Bisanya ia ia atas budi bucara dan prinsip Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.
“Di pihak saya tiada masalah andai kata beliau mahu terus menggalas tanggungjawab selaku Presiden Bersatu selagi belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Muhyiddin di mahkamah, esok.
Terdahulu, memetik BH, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Presiden Bersatu itu akan didakwa di mahkamah esok.
Pemimpin, penyokong PN dan orang ramai menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) melakukan pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan dendam, untuk melemah dan memburuk-burukkan Bersatu dan PN yang mendapat sokongan padu bangsa Melayu sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 11.15 pagi tadi (Khamis, 9 Mac 2023) bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
Kehadiran Muhyiddin bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, serta pemimpin kanan PN dan penyokong diiringi laungan ‘HIDUP RAKYAT’ sebagai slogan rakyat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
Kerajaan PH-BN yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.
Tindakan terhadap pemimpin PN itu dibuat menjelang enam negeri akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai depan.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata Muhyiddin tidak perlu meletakkan jawatan selaku presiden parti itu walaupun dijangka didakwa di mahkamah esok.
Beliau percaya pimpinan Bersatu tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan.
“Tak munasabah untuk beliau letak jawatan. Kalau beliau nak letak jawatan pun kita tak setuju. Ini tuduhan politik,” katanya.