Muhyiddin semasa jadi PM tak perbaharui kontrak 1Bestarinet, Maszlee menipu?

September 9, 2021 · Politik

Jika benar dakwaan Dr Maszlee Malik didesak letak jawatan kerana isu 1Bestarinet, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri (PM) tidak memperbaharui kontrak tersebut, soal Armada Bersatu kepada bekas Menteri Pendidikan itu.

Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menyifatkan Maszlee sebagai seorang yang tidak jujur dan mencipta cerita palsu demi kepentingan politiknya, walhal faktanya Muhyiddin tidak menyambung kontrak 1Bestarinet semasa memegang kuasa sebelum ini walaupun boleh berbuat demikian.

“Saya tidak ingin mempersoalkan kenyataan Dr Maszlee. Itu kenyataan dia. Cuma saya terfikir, Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021, iaitu selama 17 bulan 16 hari.

“Jika benarlah Tan Sri Muhyiddin mempunyai kepentingan dalam projek 1Bestarinet, kenapa beliau yang mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan 16 hari itu tidak mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk memperbaharui kontrak 1Bestarinet?” kata Ashraf dalam satu kenyataan.

Malah, jika benar Muhyiddin boleh mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu menjadi PM memecat Maszlee, bukankah Muhyiddin semasa menjadi PM boleh memberi arahan untuk menyambung kontrak tersebut, kata Ashraf lagi.

“Sebagai Perdana Menteri beliau tentunya mempunyai kuasa yang besar. Jika beliau boleh mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Dr Maszlee, takkanlah beliau apabila menjadi Perdana Menteri tidak boleh mengarahkan Menteri Pendidikan supaya mengikut kehendaknya?

“Bukankah lebih mudah untuk beliau sebagai Perdana Menteri memberi arahan kepada Menteri yang beliau sendiri lantik untuk memenuhi kepentingan peribadinya?” katanya lagi.

Beliau juga membidas Maszlee supaya menyemak faktanya sebelum membuat tuduhan yang liar terhadap Muhyiddin, bahkan semasa era kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah kontrak 1Bestarinet tidak disambung.

“Kontrak 1Bestarinet juga tidak dilaksanakan semula ketika Datuk Dr Radzi Jidin menjadi Menteri Pendidikan dan Tan Sri Muhyiddin adalah Perdana Menteri. Ini faktanya.

“Jadi apa isu sebenarnya berkaitan kontrak 1Bestarinet ini sehingga menyebabkan Dr Maszlee diminta meletak jawatan? Jika kita buat sedikit kajian, kita akan tahu sedikit sebanyak apa puncanya,” terangnya lagi.

Dalam pada itu, Ashraf juga membangkitkan semula surat dihantar Dr Mahathir kepada Maszlee yang tular sebelum ini berhubung pemecatannya.

“Mungkin ramai yang masih ingat ketika Dr Maszlee meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari 2020, terdapat kandungan satu surat yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada Dr Maszlee tular di media sosial.

“Surat ini menyatakan sebab-sebab Dr Maszlee diminta meletak jawatan (Baca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/s/210117) Antara sebabnya ialah kegagalannya mematuhi arahan kabinet dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah. (Baca di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/64643/BERITA/Nasional/Maszlee-diarah-letak-jawatan-kerana-sering-ingkar-arahan-Kabinet),” katanya lagi.

BACA SINI:

Maszlee told to quit for failing to heed cabinet orders, PM’s letter shows

Maszlee diarah letak jawatan kerana sering ingkar arahan Kabinet?

Selain itu, Maszlee semasa memegang jawatan Menteri Pendidikan juga berdepan tindakan kehakiman dari YTL Communications iaitu syarikat yang mengendalikan kontrak 1Bestarinet.

“Bila saya buat semakan, YTL Communications iaitu syarikat yang mengendalikan kontrak 1Bestarinet telah memfailkan tindakan semakan kehakiman ke atas Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

“Semakan kehakiman ini dibuat kerana KPM tidak mempertimbangkan cadangan syarikat itu untuk membekalkan perkhidmatan internet secara percuma ke sekolah-sekolah selepas kontrak 1Bestarinet tamat,” terangnya lagi.

Ashraf mempersoalkan peletakan jawatan Maszlee sebelum ini juga berpunca daripada isu berkaitan 1Bestarinet tetapi ia cuba diseleweng fakta dengan membuat tuduhan yang lain.

“Mungkinkah ini isu berkaitan 1Bestarinet yang menjadi sebab peletakan jawatan Dr Maszlee? Wallahua’lam,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok