Muhyiddin sahkan dipanggil SPRM buat kali kedua esok pagi

March 8, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok pagi ke ibu pejabatnya di Putrajaya.

Presiden Bersatu itu mengesahkan dipanggil pihak berkuasa buat kali kedua esok pada ketika partinya sedang menjalankan persiapan untuk mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

“Bagaimanapun esok Khamis saya diminta ke ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Pemimpin Bersatu menjadi sasaran pendakwaan bermotif politik oleh SPRM dan akaun parti juga sudah dibekukan sehingga hari ini.

Pada 20 Februari, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor serta seorang lagi pemimpin parti ditahan dan didakwa SPRM.

Sebarang langkah untuk mendakwa pemimpin utama Bersatu dijangka akan memanaskan lagi suhu politik negara.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebelum ini memberi amaran pentadbiran Datuk seri Anwar Ibrahim akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) hilang undi Melayu kepada PN.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Armada Bersatu Harris Idaham Abdul Rashid berkata penyokong parti akan berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada presiden mereka, esok.

“Kami baru saja dapat maklumat bahawa presiden kami akan dipanggil ke pejabat SPRM esok untuk soal siasat.

“Kami jangka akan ada pendakwaan pada esok petang atau keesokannya (Jumaat). Jadi kami sedang bersiap sedia untuk tunjukkan solidariti kami,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
8 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
5 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
50 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok