Muhyiddin mungkin dilantik PM interim

August 15, 2021 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai peranan penting sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), termasuk dalam rundingan pembentukan kerajaan, sekiranya beliau meletak jawatan.

Namun dalam tempoh kekosongan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri interim dan kemungkinan besar jawatan itu diserahkan kepada Muhyiddin.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berkata ia akan bergantung sama ada Muhyiddin bersedia atau tidak menjadi Perdana Menteri interim.

Memberi contoh kesanggupan Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri interim tahun lalu, beliau berkata jika Muhyiddin menolak maka Yang di-Pertuan Agong akan melantik orang lain untuk sementara.

“Rasanya, tempoh tak lama, dalam seminggu atau dua minggu seperti itu,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin Awani, hari ini.

Katanya jika kerajaan sedia ada hilang majoriti beberapa langkah akan diambil dimulakan dengan perletakan jawatan oleh Perdana Menteri.

“Sekiranya majoriti tidak cukup, dikatakan Muhyiddin ada sokongan 100 Ahli Parlimen, jadi beliau terpaksa untuk meletakkan jawatan.

“Itu langkah pertama. Dan beliau juga boleh usulkan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 43 (4) untuk membubarkan Parlimen.

“Namun begitu, kalau diikut dalam Perkara 40 (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada tidak setuju dengan pembubaran Parlimen kerana faktor yang kita tahu sekarang, faktor Covid-19.

“Jadi dalam konteks ini, mungkin apa yang akan berlaku ialah, pertamanya apabila Perdana Menteri terpaksa letak jawatan, ia termasuklah Kabinet keseluruhan. Kenapa keadaan itu berlaku? Ini kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti,” katanya.

Mohd Azizuddin berkata, situasi sama juga pernah berlaku sebelum ini, namun dalam konteks yang berbeza.

“Kalau dulu ada juga kerajaan yang Perdana Menterinya bertukar, pernah berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi ambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mana kerajaan masih kerajaan sama, kerana majoriti cukup.

“Jadi, pertukaran Perdana Menteri saja. Tetapi, dalam konteks ini, kerana tidak cukup majoriti, terpaksa Kabinet juga berundur daripada terus memerintah negara.

“Dalam konteks itu, proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tentukan siapa dapat majoriti, siapa boleh membentuk kerajaan.

“Ini persoalan yang menarik untuk kita buat spekulasi dan untuk jangkakan siapa yang ada jumlah majoriti yang sesuai untuk pembentukan kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
PMX geram tindakan akhbar Harakah siar gambar dengan bendera Israel
November 7, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok